Assalam..
bersendirian memberi anda peluang untuk memikirkan
apa yang sudah berlalu
apa yang sedang berlaku
apa yang bakal ditempuhi
bersendirian membuatkan diri
mencari apa yang silap
mencari apa yang terlebih
bersendirian menjadikan diri ingin bermuhasabah atas segala peristiwa yang dilalui
dengan rasa senang
dengan rasa duka
bersendirian menjadikan diri sentiasa berdiam di luar
tapi di fikiran sentiasa bermonolog
menerawang jauh
mencari kebenaran dalam kesusahan
bersendirian tidak bermakna kita lupakan siapa Sang Pencipta
bersendirian tidak bermakna akan kekal sebagai 'seorang'
bersendirian itu indah
kerana kita hanya perlu diam dan senyap
sambil terus menerus merangka kehidupan
monologue tyme ~ me
Tiada ulasan:
Catat Ulasan