Ahad, 26 September 2010

so.. 'YesTerDay'

salam...

AB Three – Yesterday


yesterday all my trouble seemed so far away

now it look as though they’re here to say

oh i believe in yesterday


suddenly i’m not half the man i used to be

there’s a shadow hanging over me

oh yesterday come suddenly


reff: why she had to go

i don’t know she wouldn’t say

i said something wrong

now i longed for yesterday


yesterday, love was such an easy games to play

now i need a place to hide away

oh i believe in yesterday


P/s: lagu ini turut ada versi Melayu..'Semalam' yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Mirwana..lirik yang menarik untuk dihayati

~ Bersabarlah wahai sahabat... ~

Salam..
wahai sahabat...
aku mengharapkan dan sentiasa mendoakan kalian menjadi seorang yang tabah dalam menempuhi liku liku perjalanan hidup ini..iye...memang hidup ini tidak pernah lepas daripada sebarang dugaan..
aku sendiri pernah mengalaminya...
tapi mungkin sedikit berbeza daripada kalian..
cuma ia tetap sama...
kita mempunyai masalah..
dan masalah ini adalah dugaan, cabaran untuk kita sebagai hamba Allah ..
dan tugas kita sebagai hamba Allah untuk memikul tanggungjawab dan menempuhi dugaan ini..
selesaikan masalah..
bukan lari dari masalah..
ya,aku pun pernah lari tetapi akhirnya aku tahu aku perlu berhadapan dengan masalah itu dan selesaikannya...
aku sentiasa cuba bersikap optimis...
aku cuba membawa kalian juga bersikap optimis..
tetapi terkadang aku sendiri tidak mampu menuruti mind setting yang telah aku buat...
kalian,
sebagai sahabat..
aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang teman yang baik..
seorang sahabat yang mampu melindungi..
seorang sahabat yang mampu menyayangi..
seorang pendengar yang baik..
tetapi aku tidak sesempurna...
sekiranya aku mampu menjadi segalanya untuk kalian, aku ingin terus membantu bersama menyelesaikan masalah kalian..
hanya doa dan nasihat yang mampu aku beri walaupun tidak sebanyak mana kepada kalian..
letakkanlah iman dan kesabaran , kepercayaan kepada Allah atas apa yang berlaku terhadap diri kalian..dan diri aku...
semoga, dengan itu..Allah akan memberikan kita jalan yang lebih baik dalam menyelesaikan masalah kita dengan lebih rasional dan tenang..
insyaAllah..
^^

Isnin, 13 September 2010

~ Salam Lebaran ~ Our Open House!


Salam
Tak lama pun aku tinggalkan blog aku ni..
Sekarang dah pun hari raya ke 5.haih...cepat sungguh masa berlalu kan??
kirenye,cuti pun tinggal berapa hari lagi..
dan aku tak study mahupun siapkan sebarang kerja dan projek untuk naik cuti..
wahaha...hebat betul 'niez' ni kan..
nanti pandai pulak naik hangin..haha
ok la,sebenarnya tak berminat pun nak sampai cerita untuk naik cuti..
tapi alkisahnya tentang raya kali ni..em..raya pertama tahun ni sedikit kelam kabut sebenarnya..
kedua,wuhuuu!!beraya sebentar kat rumah rumah nek dan tok sdara...em..yang tertentu je..
haha..
and..masanya untuk Hari Raya Ke 3...!!
Our family event..buat kali pertama sejak beberapa tahun ni, kamu berjaya buat di luar rumah, di Dewan TB yang baru je siap( erm..sebenarnya baru 80% je siap...he...)
Aku pada mulanya memang macam kurang yakin dengan tetamu yang akan datang..
tapi,syukur..selepas buat sedikit kenduri tahlil yang diketuai Ustaz Abu Khair, majlis bermula dengan lancar..
jap3..sebenarnya awal tu tak jugak..makanan dah ada tapi pinggan mangkuk masyaAllah..takde lagi..kesian kat tetamu yang datang awal pagi.mohon maaf atas kekhilafan kami.
Suasana dalam dewan sangat funky bagi aku..mane taknyer..excited aku tengok,dari luar dewan sampai la ke dalam dewan,memang penuh dengan belon berwarna warni..banyak kisah kat belon nih..hehe..
tetamu datang tak putus putus..aku yang macam biasa bertukar turn dengan akak aku untuk bagi duit raya untuk tetamu cilik..tapi sangat tak seronok bila si tetamu cilik ni ada yang terlalu bijak, datang banyak kali untuk duit raya..haisy..mak ayah..tolong lah didik anak dengan betul..
walau apapun,kalau betul tu rezeki mereka,nak buat macamane kan..hu..~~
kebetulan hari tu, terlalu ramai jugak orang besar@ orang penting yang buat pada hari yang sama, jadi...kedatangan tetamu penting jemputan agak lewat..
macam macam perangai tetamu kami nih..disebabkan ada belon, pakcik yang jual belon upin&ipin etc pun lari tempat lain..mungkin takleh nak cari makan di situ..hehe..kat dalam dewan tuh, mesti dengar bunyi belon meletup.meriah..meriah..takyah nak letak mercun nak kasi naik suasana raya..haha..lepas tu,belon yang kat dalam dewan tu ada yang melekat kat bumbung dewan..tinggi lo...takleh nak selamatkan..jadi,mereka ni pandai lah mencari belon kat uncle auntie yang tengah tiup belon..yang tak sangkanya lagi, ada seorang tetamu yang aku gelar makcik pun, bertanya lokasi belon..hebat betul penangan inchi belon nih..haha..
masa event tamat lak, disebabkan terlalu banyak belon kat dalam tu, belon yang ditiup ngan gas yang boleh terbang tu, dilepaskan naik ke awan..dan aku amik kat bahagian pintu gerbang.sudah semestinya siap terikat kat batang pvc kan..nak bawak balik masuk kereta,macam mustahil.sekali,pakcik setiausaha ayah mulakana aksi pecahkan belon..aku pun, alang alang..terikut la sekali buat keje tuh..haha..tapi still lagi ada belon yang sempat diselamatkan dan dibawak balik..
erm..pasal makanan,yang aku perasan ada nasi himpit rendang bla3 bihun cendol sate air asam boi tebu lemang.tu je yang aku perasan.tapi yang sempat aku rasa, just cendol dan nasi impit dan asam boi..haha..tabiat aku memang macam ni agaknya..
aku seronok sebab ramai sedara mara aku datang ke open house tu..walaupun aku first time pakai kasut weges yang bape inci tu..siap dah tak larat,terus tukar kasut..tapi aku puas dan seronok..lepas tu, kali ni aku pun takde nak naik hangin sangat..okey lagi la..
lepas tu,acara paling best bile kami bergambar dengan famili belah mak kaw2 punyer..seronok...seronok...ngan adik beradik yang masing masing dah ada partner lagi..except me la...haha...bergaya sakan la konon..
tapi memang best sebab kami saling buli membuli dan dengki mendengki..
sepatutnya event kami tutup pukul 4 petang.tapi last2,nak dekat pukul 6 lebih petang jugak la baru menapak balik ke rumah..haha..
kaki aku paling penat lah..
aha...ada 2 cerita klaka..bak kata akak aku,boleh plak ada dua famili nak kat aku..kononnyer..satu,cikgu mandu aku yang nak kenenkan aku dengan anak die..kononnya..lagi satu,anak pakcik kenalan ayah aku ni yang seboleh boleh cakap pasal anak laki die..promote abis lah..haha..haru betui..biarkan je lah...aku pun pelik ape dorang nampak kat aku nih..ntah2 anak 2 teruna dorang tu dah ada pilihan sendiri kan..aduih..sedikit lawak..
aku kelakar bila masa ada satu masa tu, anak sorang tetamu penting nih ditolak ketepi oleh seorang pakcik yang selalunya amik gambar 'ala' yang masa tu nak amik gambar maminya yang ngah nak terima adiah dari mak aku..spontan..mesti hangin anak tetamu tu kan..huhu..
apepun,aku tetap seronok selama sehari..
just,keseronokan raya tahun lepas lebih seronok sebab dalam seminggu cuti,semua ada di rumah dan keseronokan tu dipanjangkan dengan event lain..keseronokan raya kali ni pulak sebab aku berjaya bergambar dengan famili belah mak walaupun tak berapa nak complete.. ~_^

Ahad, 5 September 2010

~ cerita yang memberi pengajaran ~




ok, semalam aku berjaya menamatkan bacaan tentang satu buku..


lebih kepada perjuangan jugak sebenarnya..


aku cuba menghayatinya, perjuangan umat Islam di Turkistan..


si penulis sebenarnya berasal dari negara tersebut dan buku ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia..


yup, cerita yang sangat memedihkan..menyayat hati seandainya setiap orang memahami cerita ni..


komunis...yang datang dan menjanjikan pelbagai janji janji manis dan bagaimana umat Islam telah ditindas, telah terpengaruh dan seksaan yang diberikan sangat teruk..


seksaan ateis..


mereka pandai mempengaruhi akal fikiran manusia, terutamanya umat Islam di Turkistan ketika itu..


MasyaAllah...!


dalam buku ni ada jugak tertulis, di mana umat Islam yang lain? kenapa tidak datang umat Islam yang berada di Turkistan? betapa teruk mereka diperlakukan tetapi mana semangat kesatuan umat Islam itu? yup, dan aku sendiri pun memikirkannya...di mana umat Islam yang lain?? situasi ni seakan akan sama saja dengan apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas di negara arab yang lain kan...pakistan..afganistan...


aku mengharapkan sangat semua orang akan membaca penulisan ini dan mengharapkan dapat buka minda dan mata umat Islam tentang perlunya kita semu bangkit dan bersatu seperti dahulu...


InsyaAllah kemenangan akan tetap menjadi milik umat Islam suatu masa nanti..! ~~

~ PemBerIan JaUh ~




sahabat baik aku,


pergi melancong ke turki..


aku rasa turki atau lebih tepat lagi istanbul..berjaya menarik hati aku lebih awal sebelum kepergian dia ke sana..


yup,betul tu..


sebab aku teringin nak tengok Masjid Biru depan mata aku sendiri..masuk ke dalam tu sendiri..


antara tempat bersejarah yang memang aku mahu sangat untuk lawati..


semalam pulak,memang keluar kat Syahadah tv1 tentang keindahan Masjid ni..akan aku masukkan dalam antara tempat impian aku..


di sebalik keinginan aku nih, aku tak sangka yang dia tetap ingat aku walau pun melancong jauh,dan hakikatnya memang dia sangat jauh dari aku. (mungkin sebab aku selalu msj, komen wall dia..m'harubirukan wall dia..hu..)


lepas dia balik dari turki..dia kata kat aku yang dia ade belikan sesuatu untuk aku..secara serius, dia mintak alamat rumah aku..aku tak pernah sangka atau harapkan yang akan dapat apa apa dari dia..(siyes nih!)


kawan dia yang sama sama belajar, balik ke tanah air..dia tak balik sebab??taktahu..


jadi dia pesan kat kawan dia ni untuk poskan kat aku..


masa mak aku kata pemberian tu dah sampai, aku terus mesej dia..say thank you!


dan masa mak aku datang masa tu,terus dibawakan pemberian tu..wa,seronok!


taktau atas sebab apa...


aku bukak dan tengok batu biru tu..


lawa..aku memang simpan pemberian ni..


bak kata kawan2 aku..bawak ke mana mana..


haha...ada ke orang nak bagi aku barang dari jauh semata mata macam tu je kan..??


buat dia, aku memang akan jaga elok2 batu biru tu..


walaupun nama dia 'wierd' sket, meaning dalam wiki ke ape ke pun cam tak elok sket..


tapi, takkan sebagai umat Islam kita percaya kan??


dan walau apa pun yang berlaku, batu ini akan tetap dalam simpanan aku..


syukran, terima kasih sangan sangat...

. . . drama dan artis ? . . .

salam..
aku tiba tiba rasa terpanggil untuk tulis tentang nih..
sabtu hari tu aku tengok satu drama melayu..
as usual,bila dalam bulan Ramadhan yang mulia ni,memang akan keluar drama yang Islamik..
it's okay.i can give u a credit for that.
cuma aku memang tak seronok bila melibatkan kaum kaum wanita ni.harap maaf lah,cuma ini satu pandangan je kan..
hakikat sebenar di luar, mereka ni bukanlah orang yang menutup aurat..
pakaian macam tak cukup kain..
kadang kala bila inchi pengarah suruh, bagi arahan kat mereka..baru mereka ni ikut...
pakai fully muslimah..aku nak tau juga, kenapa kehendak inchi pengarah mereka ni nak ikut, tapi arahan Allah, Yang Menciptakan kita..kenapa mereka ni tak mahu ikut..
ok la,secara tepatnya,pemakaian yang betul bagi seorang muslimah adalah dengan menutup aurat..hukumnya? semestinya WAJIB!
ok,apa yang boleh dibicarakan tentang aurat? bagi seorang muslimat, dengan menutup keseluruhan kecuali tapak tangan dan muka. pakaian pulak, bukanlah yang jarang dan ketat menjolok mata. rambut, sudah semestinya perlu ditutup.
dari drama yang aku tengok ni, mereka pandai berlakon dalam drama tu..(dah kata itu memang tugas mereka kan...), cakap pasal hukum, berdebat secara sihat..bijak sungguh berkata kata..tapi adakah mereka ni mengamalkan dalam dunia sebenar??
aku kurang berpuas hati di situ..mungkin boleh je kalau nak berbicara seperti ni, tapi aku rasa macam lebih sesuai kalau diletakkan orang yang betul betul mengamalkannya dalam kehidupan harian, dan lebih mengetahui Islam dengan baik..
lepas tu,pasal yang klip tersebar di fb,aku rasa mesti ramai yang tengok klip video tu..pasal golongan2 nih yang cakap main lepas, tentang Rasulullah, pemakaian, kelakuan, arahan inchi pengarah..erm...mereka sebenarnya tidak pernah berfikir dengan betul dan waras tentang apa yang mereka cakapkan..kesian sajalah dengan mereka..
satu lagi, hal ni tentang mengaji Al Quran..aku tahu bila dah cerita berkaitan Islamik, mesti akan ada jalan cerita yang macam tu kan..dalam cerita tu, aku tak boleh terima bila bacaannya, walaupun surah yang sudah biasa dibaca..masih mempunyai salah dalam bacaan tajwid. aku bukanlah terlalu pandai dalam bab ni, tapi aku tetap tahu yang asas.. apa yang jadi punca mereka ni jadi macam tu ya??fikir fikirkanlah....
sepatutnya,tahu yang akan ditayangkan...paling kurang,mesti tanya dulu..belajar dulu..sama ada apa yang akan dibacakan itu betul atau tak...takut tersalah maksud saja nanti..
sayang betul rasanya sebab rasanya artis ni antara orang yang berpengaruh untuk menjadi ikutan orang ramai..aku tengok anak anak muda yang segenerasi dengan aku lah yang minat kat mereka..tapi, bagi sesetengah artis, adakah layak untuk kita ikuti mereka??
memang Allah yang lebih mengetahui segalanya..
tetapi seandainya sampa ada yang tak tahu batas batas tentang Islam..tak perlulah diikuti..
kalau mereka sekadar mencari publisiti, popular.. doakan saja semoga mereka akan kembali berubah..kembali ke pangkal jalan.
bagi yang mengenali mereka dengan rapat, aku mengharapkan sangat supaya bagi nasihat yang baik untuk mereka..

Sabtu, 4 September 2010

Ramadhan datang dan pergi. . .


Saban tahun, Ramadhan hadir...
dan saban tahun, terasa keseronokan dapat menyambut Ramadhan Al Mubarak..
sebab, dalam bulan ni semua orang, setiap umat Islam berlumba lumba untuk menambahkan poin2 pahala ibadah dalam diri kita..
mungkin juga seronok sebab dalam bulan ini lah kita mampu untuk merapatkan dan mengeratkan lagi ukhwah sesama muslimin dan muslimat...tak kiralah sahabat, jiran tetangga, ahli keluarga dan lain lain lagi.
dan mungkin juga kerana ada yang mahu makan secara percuma?? ^^, maaf..itu hanya gurauan semata.. tapi Ramadhan memang disambut meriah..terutamanya di Tanah Suci Mekah dan Madinah (Ya Allah, rindunya aku untuk pergi ke sana lagi..semoga kami diizinkan dan diberikan kesempatan untuk ke sana lagi Ya Allah..)..
masa ni kita nampak setiap orang berusaha untuk mengkhatamkan Al Quran..seronok!! *_*
sekarang, sepatutnya kita bersyukur sebab Allah masih lagi memberi kita hidup di muka bumi, mencari rezeki di dunia ini untuk melalui Ramadhan Al Mubarak..
pernah tak terfikir kalau suatu masa nanti,mungkin esok atau bila2,tiba tiba kita dah tak bernyawa..dah tak dapat merasakan lagi kenikmatan berpuasa..kenikmatan untuk beribadah kepada Allah??bagaimana ya...dan aku sendiri pun sentiasa berfikir tentang hal hal sebegini sebab aku sendiri pun tak pernah tahu bila sampai ajal aku, bila Allah akan ambil semula roh aku dan bila aku akan dimasukkan ke dalam rumah baru yang diperbuat daripada tanah itu..
sebab aku sendiri sedar, aku sendiri tak pernah sempurna sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar dan sebagai diri aku sendiri..
jauh sudah aku bercerita..
hari ini dah 25 Ramadhan..dah dalam 10 malam terakhir..tiba masa untuk mencari malam Al Qadr..malam 7Likur juga..malam kanak kanak makin meriah dan riang bermain dengan mercun(erm..sebenarnya yang dah besar pun same jer...) dan malam yang makin sibuk untuk mak mak,akak akak,yang penting kaum wanita lah..berkemas,buat kuih..dan bla bla bla..
jadi sekarang ni..yang aku hanya mampu cakap, selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, walaupun anda tak sihat (aku antaranya lah..haha) dan penuhkan lah supaya dapat menggapai keredhaan Ilahi,InsyaAllah..