assalam,nukilan hari ini ingin aku tujukan khas buat sahabat tercintayang masih dalam kejutan kehilangan bonda tersayang
bersabarlah wahai sahabat
aku tahu kehilangannya terlalu pantas
aku tahu kau masih lagi terkejut dengan khabar berita ini
aku sendiri terkejut mendengar berita ini
tetapi sekarang hanya iringan Al Fatihah yang mampu diberi
sahabat yang lain mengatakan bahawa jangan buat sebarang panggilan
mahupun mesej kepada kau buat masa terdekat ini
aku sendiri berat hati ingin menghantar
kesedihan yang kau tanggung
sungguh berat di bahu kau
wahai sahabat,
tak perlulah kau bimbang
pemergian bondamu hanyalah kerana Allah lebih menyayangi dia
tak perlulah kau bersedih
kerana bondamu pasti akan bersedih sama
lepaskan dia
doakan bonda berada bersama mukminul mukminin
semoga kau akan berjumpa dengannya di akhirat sana
dan semoga bonda akan sentiaasa tenang berada di sisiNya
insyaAllah...
wahai sahabat,
kami sentiasa berada di sisi
walaupun jauh
kau tetap dalam ingatan kami
walaupun jauh
kami tetap akan sentiasa mendoakan kau bersama
dan doa kami,
walau sejauh mana kita
kau tetap tabah dalam mengharungi dugaan Allah ini
kerana kita hanyalah milik Allah
hamba Allah.
kami sayang kau wahai sahabat.
~~Al fatihah buat bonda sahabat sekelas sekolah, hafizah hussin atas pemergian bonda yang tersayang pada Selasa, 21/3/2011. semoga rohnya akan sentiasa tenang di sisi Allah dan dicucuri rahmat. InsyaAllah ~~
Innalillahiwainnailahirajiun~
BalasPadamdaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
BalasPadam