Khamis, 31 Mac 2011

kejutan malam jumaat

assalam


malam ini dikejutkan dengan satu berita sedih yang aku tak pernah sangka. arwah kak nurul meninggal dunia hari ini. di malam yang penuh keberkatan. insyaAllah moga akak tenang di sana.


aku kenal dia di lendu, sebagai seorang senior cs, mpp melaka dan kakak sekolej dengan aku. aku kenal dia dan kami bertegur sapa dan bergurau senda seperti orang lain. sehinggalah aku berada di shah alam. kami tetap berjumpa lepas dia sambung belajar di sini. cuma, umurnya tak panjang, kerana Allah lebih sayang kak nurul lebih dari kami semua yang pernah berada di sekelilingnya. sungguh tak pernah aku sangka hari ini aku dapat berita ini.


selepas dicari maklumat, aku dapat tau arwah kak nurul kemalangan ahad lepas di roundabout seksyen 2. dan aku taktau itu adalah sesuatu yang sepatutnya maklumat yang sama, tapi petang ahad masa aku balik, aku memang nampak satu motor yang hancur sikit yang dah tersadai, diletakkan terbiar kat bulatan tu. aku tak sangka. selepas tu, bila aku baca alumni arecs tadi, baru aku tau yang arwah koma selepas itu sehinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir. maafkan aku kak nurul, kerana tak tau apa yang berlaku dan tak dapat melawat sehinggalah akak pergi.


Al Fatihah buat arwah Kak Nurul Khairiyah, kamu tetap dalam ingatan kami. ~~


.:. kematian sentiasa berlaku bila bila masa, kita manusia tidak pernah dapat menjangka. bagaimana, bila saatnya kita meninggalkan dunia ini. kadangkala di saat kita sedang bergembira, leka terhadap dunia, khusyuk beribadah mahupun tidur. terkadang, masa yang kita tidak pernah menjangka. bila terfikir kematian, amalan juga yang kita akan kira. soalan ini akan keluar, 'cukup ke amalan sebanyak ini? ya Allah, mampu ke aku berhadapan dengan Mu dengan amalan yang sedikit ini?' etc... .:.

till then...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan