as salam.
sebenarnya aku teringin tulis tentang perkara ini selepas kejadian di siang hari tadi. ada sesuatu yang buatkan aku tersedar bahawa manusia ini, walau di sudut atau ceruk mana sekalipun, pasti akan wujud perasaan tidak bersyukur di dalam diri masing masing.
entah, terus aku berfikir tentang banyak pemberian pinjaman yang Allah dah beri tetapi manusia lalai dan alpa daripada mensyukuri nikmat tersebut. terkadang, mungkin sehinggalah sesuatu itu telah pergi, hilang atau mendapat sesuatu yang dirasakan kurang memuaskan daripada sebelumnya barulah kita menginginkan kembali nikmat tersebut.
Allah sebenarnya sangatlah Maha Pemurah kepada hamba - hamba Nya sehingga meminjamkan nikmat yang sangat banyak pada makhluk ciptaan Nya. Manusia pula, paling tidak mesti akan tetap merasakan perasaan yang sedemikian. Dan sebenarnya perkara seperti itulah sepatutya kita elak atau kit bendung dari dalam diri kita.
banyak peristiwa yang kita boleh saja kaitkan dengan situasi seperti ini.
cuba kita sama sama fikirkan, imbau kembali dari dalam kotak memori walaupun kadangkala ianya pahit.
sekian,
niez
Tiada ulasan:
Catat Ulasan