Jumaat, 7 Januari 2011

this week-today

my first week = subjek yang boleh tahan menarik, jangkaan pengajar mahupun pelajar tentang kehadiran sepatutnya perlu diubah. tetapi,nampak gayanya yang seronok dalam ilmu Allah yang sedang Allah pinjamkan kepada kita ini hampir menyerlah. tetapi masih awal menilai segalanya. yang penting, bila dah set pada otak, akal pemikiran - ke arah yang lebih positif - insyaAllah segalanya mampu berjalan lancar.

hanya menunggu pengajar Network Programming untuk masuk dan mengajar kami. can't wait for it. 'all is well' =)

ada pengajar yang mengajar, ada yang baru 'warm up' dengan bagi kuiz dan penerangan silibus. pelajar pun perlu consider dengan perkara tertentu. dan mencari cari buku yang diperlukan untuk semester kali ini.

peristiwa best dalam minggu pertama, jumpa lecturer, belajar, mesyuarat, watikah perlantikan, melaksanakan tugas sebagai seorang biro event, kuiz, dan jangan dilupakan inchie hitam kuning lebah yang tumpang tidur bantal aku untuk kejut aku dari tidur dan dalam masa yang sama meninggalkan kesan di tangan,tourist,karok,buku,jimat,makan tak seperti dulu,birthday el.

aha,tak dilupakan seorang sahabat tkd aku.haha,xsngka ak jumpa dia dan aku sakat kaw2 lepas dia malas da contact aku.tapi aku tau dia tak kesa sebab aku biasa berkasar dengan orang yang tunjukkan cara begitu.
tomorrow,for my dearest bro - i'll help to finish decorate your barang hantaran selagi termampu even in short time. itulah gunanya adik untuk seorang abang yang dia sayang.ahaks! kantoi..ngee....dediam sudah.. =)

gotta go,adios and nyte.
salam

Anda Lainlah~~

Manusia sememangnya dilahirkan setiap satunya lain dan berbeza antara satu sama lain. Walaupun ada yang dilahirkan kembar, mempunyai minat dan suka benda yang sama, tapi akan ada satu sudut di mana kelainan tetap ada walaupun hanya orang tertentu sahaja yang mampu menyedarinya.

Mungkin kelainan yang aku adalah, kadangkala aku lebih suka hidup yang main taram sukati aku nak buat macamana, degil yang terkadang tak bertempat tetapi bagi aku yang penting masih lagi perlu membataskan diri dengan perkara yang tertentu. Senang, mudah kerana itu cara aku. Dan aku adalah lain dari orang yang lain.

Ikhlas,
niza =)

Saya Nak Sebijik Yang Macam Dia!



dia berada di celahan orang ramai


hari ini aku teringat pada seseorang yang dah lama aku tak berhubung. entah dia ingat akan aku lagi atau tidak agaknya. si comel yang pernah menarik perhatian aku pada masa silam aku. segalanya bermula apabila seorang sahabat lama meng'upload' gambar gambar ketika kami berada di pondok ilmu yang sama. hanya orang yang tertentu dapat kenal tentang dia. tapi, mungkin bukan itu tujuan utama. hanya ingin mengimbau semula peristiwa berkenaan dengan dia yang membuatkan aku teringinkan seorang insan yang mempunyai nilai nilai seperti dia untuk hidup aku - mungkin 7tahun lagi sekarang? hehehe...



ketika di dalam makmal komputer, aku selalu meminta pertolongan padanya walaupun hubungan ukhwah persahabatan antara kami sekelas baru sahaja bermula. - masih fresh gitu. sampaikan suatu ketika, pengajar kami ingat aku dan dia adik beradik dek sebab muka yang seakan akan sama. entah, aku tak nampak itu sebenarnya.

aku dan dia sama sama meminati bidang nasyid, nyanyian mahupun sebagai percussion. tetapi sesungguhnya suara dia memang best - kalah aku - dan lebih rancak pergerakan rentak ketika percussion - sehinggakan aku selalu cemburu, memerhatikan gerak tangan dia untuk belajar dan meminta dia untuk ajar aku pergerakan tersebut. dia juga pernah berduet dengan aku lagu nasyid yang secara kebetulannya adalah lagu kegemaran kami berdua juga ketika itu - lucu tapi manis. nasyid yang dia minati bukanlah setakat terhadap genre terlalu jiwang semata, tetapi yang betul dicipta tersendiri, gubahan mahupun selain daripada versi jiwang - ilikeit. aha, ada suatu ketika entah macamana mood aku adalah bermuram pada hari tu, dia lihat aku dan terus memanggil aku untuk duduk di sebelah dia (zon selamat ok) untuk lihat video dia mengetuk meja - see, ketuk meja pun dah cukup!

ok, next. kucing menjadi kegilaan kami. aku dan dia suka melepak di meja komputer sebijik yang sama untuk berborak. tika di asrama, dia sanggup membela kucing yang sarat mengandung sehinggalah beranak di dalam dormnya/bilik study. sanggup meberi makan dan dia sendiri pernah menunjukkan gambar2 kucing2 tersebut pada aku.

aku adalah seorang peminat nombor ganjil. terutamanya salah satu nombor yang sangat berkait rapat dengan tarikh lahir aku dan etc. dan, mungkin seakan satu takdir Allah, dia menyukai angka yang sama dengan aku. aku sanggup bertelagah sesaja untuk usik dia. ada banyak peristiwa yang aku sangat suka kaitkan dengan dia.

shuffle, di saat itu, orang heboh dengan trend terbaru itu. dan di saat itu aku dapat melihat, di masa lapang yang pengajar takmahu masuk mengajar atau lebih tepat berkursus, dia dan geng lain akan ber'shuffle' di dalam kelas kosong kami. aku sangat suka rentak shuffle yang dia buat - sangat comel kreatif lagi cute - kerana saiznya yang sesedang dan secomel alam lagi lembut gemalai - haha..!!

yang paling menyeronokkan ketika bersahabat dengan dia ni, dia bukanlah seorang perokok, jauh lagi perokok tegar - aku harap dia teruskan walau di mana pun berada. dan itulah yang sangat susah. dan itu menjadikan bibir dia bukan bibir lipstick hitam blackmaria.

penting juga untuk mengetahui dia ini sudah semestinya mempunyai latar belakang yang baik - walaupun dia berada tapi bukan itu yang menjadi ukurannya - dia seorang yang ala ala hacker atau lebih best digelar orang hebat IT. ayahnya mempunyai syarikat berkaitan IT- bukan si ayah yang ada ciri-ciri yang dikehendaki. bijaknya dia kerana dia juga lepasan MRSm, dia juga mempunyai keputusan SPM yang lebih baik daripada aku dan dia juga pernah menasihati aku dalam perkara tertentu. ada suatu peristiwa di dalam perpustakaan. aku duduk berhadapan dengan kawan aku - ini ujian - dan aku buatlah aksi2 yang ala2 menggunakan bahasa isyarat -kononnya meniru..isy3- dan aku tak perasan yang dia duduk bertentangan dengan aku dan dia memerhatikan aku. tatkala mata aku tertembung mata dia yang melihat gelagat ntahapape aku dia tersenyum. dan aku sangat suka senyuman manis lagi ikhlas dia itu. -rosak2...

banyak peristiwa ketika nasyid dan sepanjang berada di sana yang tiba tiba melahirkan satu jarang yang memisahkan jarak persahabatan kami itu. dulu dan kini, aku sangat suka dengan sweater hitam putih besar lagi geleber lagi hiphop. dan dia juga begitu, cuma mungkin saiznya sesuai untuk dia -sweater dia la. ketika aku menghantar sedikit bantuan di suatu malam, dia memuji sweater aku. baiknya dia di mata aku berbeza dengan orang lain.

dari segi seni mempertahankan diri pula, aku sudah simpan dalam fail delete agaknya. tak ingat sedikitpun tentang itu. tapi, rasanya dia baik dan aksi2 ganas pukul2 ni mungkin juga dia ada.

yang ini seronok, dan aku rasa antara kerja yang paling luar alam di saat itu aku buat. aku tolong menyeterikan jaket pengajian kami berseorangan dalam bilik aku yang dikunci-aku sorang ok!-di malam hari, aku usik dia katakan baju dia sudah berlubang dan lubang itu adalah lubang butang. cuak sungguh dia. dan tugas aku,keesokan harinya, pagi buta aku memanjat tangga surau kami untuk tinggalkan jaket dan bajunya di sana. -haisy!!-

dan utama sekali, tidak akan dilupakan sifat yang satu. sudah semestinya dia seorang yang mempunyai bacaan untuk solat -imammuda- yang baik.tahu batas solatnya di mana.



tapi,sehingga kini..di saat ___ aku kadangkala terasa tinggi terhadap kaum dia, membuatkan aku tak boleh nak hubungi semula dia.akhirnya 3 tahun pun berlalu begitu sahaja kerana aku tahu...sesuatu.hehe... ok lah, till we meet again ya RNA!haha..

salam

Rabu, 5 Januari 2011

bersyukur dengan pemberian nikmat yang Allah beri

as salam.

sebenarnya aku teringin tulis tentang perkara ini selepas kejadian di siang hari tadi. ada sesuatu yang buatkan aku tersedar bahawa manusia ini, walau di sudut atau ceruk mana sekalipun, pasti akan wujud perasaan tidak bersyukur di dalam diri masing masing.
entah, terus aku berfikir tentang banyak pemberian pinjaman yang Allah dah beri tetapi manusia lalai dan alpa daripada mensyukuri nikmat tersebut. terkadang, mungkin sehinggalah sesuatu itu telah pergi, hilang atau mendapat sesuatu yang dirasakan kurang memuaskan daripada sebelumnya barulah kita menginginkan kembali nikmat tersebut.
Allah sebenarnya sangatlah Maha Pemurah kepada hamba - hamba Nya sehingga meminjamkan nikmat yang sangat banyak pada makhluk ciptaan Nya. Manusia pula, paling tidak mesti akan tetap merasakan perasaan yang sedemikian. Dan sebenarnya perkara seperti itulah sepatutya kita elak atau kit bendung dari dalam diri kita.
banyak peristiwa yang kita boleh saja kaitkan dengan situasi seperti ini.
cuba kita sama sama fikirkan, imbau kembali dari dalam kotak memori walaupun kadangkala ianya pahit.

sekian,
niez

Ahad, 2 Januari 2011

no title also can rite?

not in a good mood
not in a good health
not in pink
but in orange..

selamat menyambut tahun baru 2011

salam..

selamat menyambut tahun baru kawan kawan!

selamat menyambut tahun baru 2011

salam..

selamat menyambut tahun baru kawan kawan!