Sabtu, 4 September 2010

~ Ustazahku... ~

salam alaik..
salam ramadhan..
malam tadi aku baru dapat tahu yang ustazah@warden asrama aku sudah pun selamat melahirkan bayi yang ke 5 insyaAllah, kalau tak silap..
kepada ustaza dan ustazah..
tahniah diucapkan atas kehadiran seorang lagi cahaya ke dalam keluarga sakinah ustaz dan ustazah..
mesti comel kan...
makin bertambah rezeki bagi keluarga mereka aku harapkan..
berkat mereka berjaya mendidik anak anak dengan baiklah, Allah menambahkan lagi bilangan dalam keluarga mereka.
sungguh beruntung kerana semua cahaya mata ustaz dan ustazah dilahirkan dalam keluarga yang terdidik, yang menjaga akidah Islam sebaik baiknya dan dari keturunan yang baik insyaAllah..
semoga anak anak, cahaya mata yang Allah kurniakan kepada ustaz dan ustazah ini akan berjaya menjadi umat, menjadi pejuang Islam yang akan membawa kembali perjuangan umat Islam ke kemuncak..semoga Islam akan bangun semula..semoga Allah akan menjadikan setiap daripadanya untuk bijak dalam mengatur langkah menjelajahi dunia dengan segala ilmu Allah..
dan semoga, mereka berjaya menjadi contoh oleh keluarga yang lain supaya dapat membangkitkan kembali kesedaran diri masing masing.
INSYAALLAH! *_*

~ Kesabaran ..~

erm....sekarang nih kat rumah aku, ada sorang pakcik yang bergelar hamba Allah sangat suka datang dan bagi beribu alasan..
hasrat dia satu jer...aku dah berapa tahun kenal muka dia nih..
nak suruh aku membenci..tak boleh jgak..
aku sendiri yang sakit hati..
suka mintak duit...
tersangat sangat...
kang aku nak kata macam pengemis, dia siap naik kereta viva merah lagi..
dulu kereta kenari..
nak kata tak mampu bekerja,aku tengok dia tersangat cukup sifat dan masih lagi bertenaga lah...
aku sendiri pun tak faham..
kalau ikut cara jahat aku, aku pergi kat ruang tamu tu, sound direct ke sound trouble terus..
tak dan dah nak cakap bebaik berlapik lapik nih..
ikut hati memang macam tu sebab kan mudah terpengaruh..
ikut logik akal, aku terpaksa berdiam diri..
aku cuba control marah..cuba tunjuk yang aku masih lagi baik menghadapi keadaan ni..
sebabnya??sebab aku tengok ayah aku tunjuk tahap kesabaran tahap medium dah tu..
sebab lagi??
sebab aku dah bese tengok orang orang ni..tak kisah lah orang kampung ke ape segala bagai..
memang sangat suka buat buat mengampu, cakap baik kat depan, belakang mengumpat mengata bagai nak rak..lepas tu buat muka tak bersalah mintak duit..
cakap ada itu lah..ini lah..
huh..macam mana lah kat ati aku ni sendiri asyik nak bersangka buruk je kat orang lain..
walaupun aku dah ajar hati aku ni cuba ikut Islam...sentiasa bersangka baik walaupun dia sememang memangnya ada niat buruk lah..
aku belum berjaya untuk sampai ke tahap itu..
kalau lah aku jadi orang yang perlu memimpin orang orang macam ni..mampu ke aku nak lead?mampu aku nak jadi seorang yang sangat mampu control jiwa dan raga, fizikal mental rohani semua tuh??
aduisy...yang sekarang ni pun aku rasa macam nak pergi sembur je depan depan..nak menyimpan dalam hati sensorang,memang tak dan..
kalau nak lepas jugak,nampak gayanya aku kene pergi training balik...lepas geram je kat bantal penyepak ke kayu ke dinding ke...(memang aku dah hampir terikut sikit cara nak lepaskan geram si dan...), tapi kalau itu je cara yang terbaik selain mengharapkan Allah (Allah first..), aku kena juga follow..huh..
ni pun,apa ayat pakcik rambut keriting ni letak aku pun tak tau.siap letakkan ntah orang uma kat dalam kete je..tanda nak 'cepat' sangat kan?
nasib baik bulan Ramadhan..
kesabaran tahap maksimum diperlukan di sini...

Jumaat, 3 September 2010

~ Sejenak di Majlis Fakulti ~

Salam..
akhirnya aku selamat sampai di rumah petang semalam..syukur alhamdulillah..
okey la,cerita sebenar aku adalah tentang majlis khamis malam jumaat di fakulti..
yang sepatutnya aku menjadi seorang 'emcee' di situ..
haha..secara tak rasmi aku terlibat dengan majlis tuh..
seharian dari pagi aku sibuk dengan kelas..petangnya berkejar dalam jubah hitam yang ayah aku beli ke fakulti dalam keadaan yang agak terik dan 'sumthing' yang nak meleleh dari hidung aku..
owh..sungguh tak selesa..
sesampai di khemah, aku dapat tahu, majlis akan bermula pukul 6.30 petang nya..dan aku perlu membincangkan semula teks aku.. masa tu,miss ajak aku naik bas untuk ambil anak anak yatim dari Rumah Anak Yatim Hembusan Kasturi yang terletak di Klang.. aku ikut, dan perjalanan sepanjang petang tu sedikit sebanyak memeningkan aku sebab sesak..semua orang nak balik rumah kan..aku dan sorang akak nih,kak ain namanya..sesama tolong masukkan duit raya untuk mereka.. lupa nak bagitau, dalam majlis penyampaian duit raya nih, fakulti jemput dua rumah,satu yang Hembusan Kasturi..lagi satu Bustanul Cahaya Cemerlang,TTDI..
sampai di rumah tu dalam pukul 7.10 petang jugak la..lepas sedikit perbincangan dengan pakcik bas, barulah kami bergerak ke fakulti..kami sampai dengan selamat dan masa tu,student sume dah abis solat maghrib. dan bersedia untuk makan..
aku berbuka hanya dengan sepotong tembikai dulu..rasa seronok tengok anak anak ni dan tetamu lain makan (walau hakikatnya aku 'nobody' kat dalam majlis tuh..tapi aku dah terbiasa..)..bermain dengan seorang bayi kecil..dan kemudian maghrib bersama kak ain dan kak anis..
tiba tiba aku teringat, yang berkaitan anak anak yatim nih..abang aku pernah bagitau dan bawak aku pergi ke satu rumah anak yatim di puchong.aku tak ingat nama rumah tuh..tapi seingat apa yang abang aku cakap dan sepanjang aku dengar perbualan mereka..kalau dalam bulan Ramadhan ataupun hari biasa,anak2 yatim ni sangat murah rezeki mereka..syukur kerana Allah sentiasa menjaga mereka..mungkin selalu dapat sumbangan dari segi kewangan,tapi pihak2 yang memberi ada yang lupa,ada keperluan dari segi lain yang mereka tak nampak..mungkin dari segi makanan..bahan bahan asas seperti beras dan makanan untuk minum petang..ataupun pelajaran dari segi kelas mengajar memasak makanan local ataupun kelas komputer/it ataupun motivasi..seronok sebenarnya bila bersaa mereka nih..mendidik diri aku walaupun mungkin tak terlalu banyak..
ok lah,sengaja nak meluahkan perkara ini..sambung pasal malam tu..secara mengejut,lepas tak jumpa aku,miss cekup orang lain yang lebih layak(kes..aku ilang gak la.miss pun tak sempat nak hubungi aku..) untuk jadi 'emcee'..aku pergilah makan dengan kakak2 nih..ada jugak abang kakak smf dan pn masrina..aku tak sangka aku boleh telan daging yang bercampur dengan lauk rebung..mungkin sebab takde bau or sebab hidung aku tersumbat or aku dah lapar..haha..tapi,aku bersyukur sebab at least Allah still bagi aku rezeki untuk makan..plus ada lauk sayur tinggal sket..ok la tuh..
disebabkan aku cancel nak bergabung solat jemaah,aku tolong kosongkan lauk2 katering dengan yang lain2...isi dalam plastik2..
walaupun aku orang yang tak dikenali,tapi still lagi boleh bermesra sikit sikit dengan abang kakak nih..ok la tu kan..lepas abis masuk dalam plastik2..aku pun macam taktau nak buat apa..niat nak anta dorang sekali balik.tapi bila tengok jam dah nak dekat pukul 10 malam,akhirnya aku buat keputusan untuk balik disebabkan ada program 'kejar kupon' di situ..haha..
di saat saat akhir,bila miss dah kenalkan aku dengan sorang student dari melaka jugak,aku saja jemput datang open house..tak sangka plak dia ni jadi catering untuk seseorang..dan di situ,terjadilah peristiwa sedikit background aku terkantoi secara tak sengaja..huhu..
biarlah perkara tu,yang penting aku seronok berada di situ..

Rabu, 1 September 2010

~ Pertemuan ~

salam..
huhu..banyak sungguh yang aku nak cerita pasal pertemua ni..
mula sekali..pertemuan yang sangat mengharukan masa event i-hack..mane taknyer..
lepas satu sem lebih berlalu,barulah aku jumpa dengan kekawan aku dari lendu..hu..sangat indah ooo pertemuan tuh..
saat aku berjumpa dengan kina,aton,tini,nad...dan yang lain2..
masa tu jugak lah aku luahkan apa yang patut..sifat aku masa dengan dorang masa dulu2 keluar balik...
indah giler..aku cam tak kisah orang lain nak cakap aku ape dah masa tu...
saat masing masing sampai berkaca kaca mata..
walaupun masa dorang datang,tak cukup bilangan satu batch aku dulu..tapi janji aku nampak kina *_*
wi..!!!!

pasal pertemuan lagi satu, akhirnya selepas beberapa tahun persahabatan aku dengan sahabat baik aku nih,aku berjumpa dengan dia..not bad,sebab walaupun sebelum ni macam macam benda yang berlaku, tapi kitorang okeh je..thanks kepada para peneman gue..
haha..pertemuan ke dua pun,not bad..kesian sebab mampu jugak sahabat 2 aku nih melayan kerenah aku yang bak kate mereka kadang2 macam kanak2..
haha..mase pertemuan kedua tuh,aku rase cam keluar dengan sorang abang dan kakak..paie tau bnda nih..
thanks for everything,buddies!!! *_*

~ Sahabat Baik Punye Cerita Lagi da... ~

salam..
aku pernah bercerita pasal dia dalam blog aku nih..
dan secara ringkasnya, aku juz boleh cakap, aku tak suka dengan perubahan yang dia alami sekarang..aku tak kisah kalau dia bercinta dengan perasaan berbunga kat ati..jiwang karat terlebih ke..dalam ati ada taman ke..
tapi kalau bercinta tu seakan akan satu penyeksaan jiwa untuk dia..memaksa diri untuk semua tu..aku sendiri pun tak rela..aku tak suka sebab dia bertukar pakai mood sedey plus pressure terlebih..ngalahkan masa aku termarah dia sebab lupa hari lahir aku yang tak seberapa nih..
haha..tak sangka sampai jadi konflik perkara tu..
tapi, keadaan sekarang buatkan hubungan aku dengan dia bukan macam dulu..yup,memang dia lelaki dan aku perempuan.aku boleh terima kalau orang yang rapat dengan aku ni bahagia dengan pasangan dia weh..sikit pun perasaan jeles tu takde..
sebab aku percaya kat dia atas nama persahabatan dan perjanjian(macam ade hitam putih la pulakkan..haha..)
n thanks to teman2 yang sentiasa bersedia menadah telinga mendengar luahan aku tentang perkara ni..dan tak lupa juga sebab bagi nasihat dan pandangan yang aku sendiri tak boleh nak cakap 'betul' dan 'salah!'..
tapi,aku mengharapkan agar doa cepat pulih dari situasi ni.
Dan,aku sentiasa doakan dan harapkan kebahagiaan untuk diri kau! ^_^

Selasa, 31 Ogos 2010

Minggu ini. . .

Salam..
minggu ni sebenarnya minggu yang minda aku dah terbang balik ke melaka dulu..
walaupun esok aku ada presentation Bel (yang aku sendiri tak siap lagi sebenarnya..haha) dan kuiz QMT..semangat aku untuk terus berada di shah alam ni macam dah berkurang..tak tau lah tinggal lagi berapa peratus lagi..
hailoo...kan seronok kalau hari khamis sok jugak aku balik..tapi sayangnya,ada event lagi kat kolej dan mungkin di fakulti yang aku perlu hadir..atas sebab yang semua penetap kolej pun tahu..haha..
kalau aku boleh balik khamis,aku dah boleh sibuk sibuk dengan majlis yang berlansung esok petang..
majlis berbuka puasa dengan satu kawasan Tg Bdra..walaupun aku akan rasa kepenatan, sibuk dan marah2 orang yang berkenaan..tapi itu lah yang seronok bagi aku. bersama dengan penduduk penduduk kat sana(ceh,konon berjiwa rkyat la tuh..he...)
hangin jugak lah sebab event kali ni aku tak sempat nak balik untuk buat semua tu.tapi yang pastinya, aku rindu rumah..rindu mak ayah abang lan akak linda atok busu dan si kecik aku sepanjang masa..
tu lah,nak sangat merantau jejauh kan..tapi kalau aku tak amik keputusan untuk belajar jejauh,nanti macamana aku nak belajar hidup berdikari??kan..kan..rindu memang rindu..tapi camane kalau Allah bagi rezeki kat aku untuk belajar lagi jauh..macam pegi over da sea ke(Amin..insyaAllah..)..takkan la plak aku nak balik setiap bulan ke ape ke..macam banyak la pulak duit terkumpul aku macam tu kan..
tapi,takpe..lepas ni aku tak sabar nak tunggu masa hari raya..
Hari Raya ke 3 di dewan japerun baru kat kawasan nih..haha..aku tak kisah pasal pakaian lagi..yang pasti aku akan jaga kat depan menyambut tetamu masuk (lagi seronok bila aku dapat tengok kekawan aku dan cikgu2), bagi duit raya (tugasan setiap tahun walaupun hakikatnya kdg2 aku suke ngelat..hu..)..kepenatan yang berbaloi untuk aku..
huhu..apa pun,tak sabar rasanya nak balik rumah ku syurgaku!! *_*

ScHiZo... ?!?


selepas 6bulan (iye ke??thanks paie coz gitau..haha)..

okehla, sebenarnya apa yang aku nak cerita sekarang ni lebih kepada penyakit schizo. . . ni.. mungkin ramai yang tak tahu nama saintifik penyakit ni..
bak kata dalam paper dan informasi informasi yang lain, penyakit ni tak boleh nak disamakan dengan bipolar dan psikotik.. berbeza..
dan yang paling menarik, selepas aku tau nama penyakit ni dan buat la bacaan sikit sikit..penyakit ni tengah banyak berlaku dalam masa kini..(oh ayatku..haha)
kalau tak percaya, baca kat paper..tengok kes kes jenayah yang bunuh bunuh,bunuh diri ke.. ada yang kata dapat arahan daripada satu suara..suara tu berbisik memberi arahan dan pesakit @ mangsa seakan akan patuh dan ikut arahan tuh..huh,siyes tak sangka berjaya kuasai pemikiran manusia!
ha..ada lagi satu ni, bila si mangsa @ pesakit ni dapat arahan dekat dinding..seakan akan tertulis, tapi sebenarnya hanya dia sorang je yang boleh nampak.. jadi, bila dia rasa arahan tu sangat penting..serta mertalah dia akan buat apa yang disuruh..
hm..sebenarnya, bagi aku..insyaAllah penyakit ni booleh diubati. kan dalam Al Quran sendiri dah tertulis, setiap penyakit pasti ada ubatnya selain daripada mati.
bagi umat Islam, kalau setiap umat Islam sepatutnya kena sentiasa meletakkan Allah sehampir hampirnya dengan kita. seandainya kita kuat, fizikal dan mental..insyaAllah perkara ini mungkin dapat dielakkan.
ada hikmah di sebalik tiap kejadian.. aku yakin pada yang itu.. seandainya perkara ni terjadi pun, sebab Allah nak uji hamba2Nya..uji sebagai tanda kasihNya dan uji sebagai tanda supaya kita sentiasa mengingati Allah dalam susah mahupun senang..


-------------------------------------------------------------------------------------------------

salam..

tiba tiba rasa macam terpanggil untuk tulis kembali pasal penyakit ni..

aku baru teringat yang aku sempat terbaca tentang kes yang bunuh 4ahli keluarga di negeri sembilan tu..memang tepat jangkaan aku yang dia telah menunjukkan simptom simptom skizofrenia dan dalam akhbar semalam, pakar sakit jiwa telah mengesahkannya..

ada pihak yang telah menyatakan bahawa kenyataan tu nampak tak munasabah sebab dia boleh bercakap macam orang biasa. yup, memang dia boleh..sebab sebenarnya dia bukanlah terlalu gila. itu yang sebenarnya perlu diterangkan..sebab,aku teringat cerita 'a beautiful mind'..sebab aku buat presentation pasal penyakit nih..kan diadaptasi dari kisah John Forber Nash Jr,pemenang Nobel 1994 dulu..genius matematik..beliau pernah alami penyakit ni..pernah juga dihantar masuk ke hospital mental..tapi sampai satu masa,beliau dapat rasakan yang dengan makan ubat,tak bagi apa apa kesan,John berhenti makan..

dan John cuba untuk sesuaikan dengan keadaan tu..dalam 3dekad John hadapi penyakit ni dan..??SUKSES..not suksis..

tengok apa yang berlaku sekarang??beliau masih normal..sehingga kini..