Isnin, 18 Jun 2012

satu demi satu langkah

assalam.

dah nak dekat hujung semester dah pun sekarang ni. minggu terakhir sebelum bermulanya study week. dan sebelum kami perlu buat aksi 'attack-defense' untuk final year project kami. tekanan makin lama makin bertambah sebenarnya. penentu kami untuk semester ini totally dekat situ.

tapi apa yang aku nak ceritakan sekarang ini, bukanlah tentang aku. tapi tentang orang di sekeliling aku.
bagaimana kehidupan mereka berubah kearah yang lebih baik.





-- firstly, kepada sahabat yang sudah pun menamatkan status bujang dengan jayanya dengan bertukar kepada tunangan dan isteri/suami orang. mereka berjaya membuat keputusan ini dengan berani dan bijak walaupun masih lagi di awal usia. -KORANG!!SELAMAT BERBAHAGIA!!' yang aku letak poin ni kat atas sebab, tahun ni je dah berapa ramai sahabat aku ni yang buat keputusan ini dalam tahun ni jugak. sekurang kurangnya, dosa maksiat tu dah takde dah antara mereka. si ibu dan ayah pun menyokong. banyak persediaan awal perlu dibuat bagi setiap individu tu. bukannya cam makwe pakwe dah. boleh hari ni nak esok taknak. bagi yang rasa taknak ikat awal awal, sebab fikirkan kerjaya dan kehidupan. tak salah, cuma kita kita ni kena masih perlu menjaga batas batas pergaulan lagi. sahabat yang tak jumpa lagi 'soulmate' anda, WELCOME TO THE GROUP! haha..just kidding.. jodoh tu Allah dah tentukan. jangan pernah resah dan gelisah la. kalau tak masa diploma, degree, master..mase kerja nanti pun mesti akan jumpa. just make ourselves well prepared. Allah dah buat susunan yang terbaik untuk kehidupan kita. *dan kena usaha sikit. la..kan?* -kestipukalauakutakpernahpikircamni- 




 -- secondly, kepada sahabat yang sudahpun menamatkan status sebagai pelajar. Selamat Datang ke Dunia Pekerjaan anda. masing masing telah berusaha sekeras kerasnya untuk menamatkan pelajaran mereka dengan jayanya. memikirkan lepas ni nak intern, nak kerja betul dan tetap, dapat gaji. Boleh kumpul duit, beli itu beli ini yang tak pernah kita dapat sebelum ni. tahniah. bagi yang belum dapat kerja, jangan pernah rasa stress. pintu rezeki sentiasa terbuka. Allah yang membukanya. perlu berusaha jugak. sekalipun tak boleh berputus asa. tak dapat yang diminta, mungkin itu bermakna Allah nak bagi yang lebih baik dari tu. yang boleh mencerahkan lagi masa depan. kita tak dapat jangka tau. bagi yang rasa taktau nak buat apa, boleh je sambung lagi study ke peringkat yang lebih tinggi. wo...seronok study ni. masuk konvo berkali kali. -harapharapdapatmrasa- mimpi biar sampai ke bintang. 



--thirdly, kepada sahabat yang telah memulakan perubahan untuk menjadikan diri lebih baik daripada sebelum ni. yang berjaya menutup dan melindungi kembali auratnya, mendekatkan diri lebih kepada Allah. mencari ilmu Allah. korang the best. ingat, aurat bukan berkaitan bila 'ALLAH DAH BAGI HIDAYAH or ALLAH DAH BUKAK PINTU HATI' aku. but it's about WAJIB. Allah dah letakkan hukum di situ. aku harap aku akan dapat ramai geng Islamik lagi. boleh lepas ni sama2 cari 'MAKANAN ROHANI'. ~_~ 
ps: ingat, penutupan aurat itu bukanlah 'BALUT' tapi 'TUTUP'. Allah sayang akan hambaNya. ingat itu. yang selebihnya, korang pasti tau kan. selain daripada aurat, ade bannnnnyaakk lagi. doakan semoga yang lain juga akan berubah kembali. 


notakaki penulis: peringatan bersama. ~_~

seikhlas hati. niez.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan