assalam.
hai hai..!! rasa cam dah lama tak bercerita berdasarkan 'observation' dan 'philosophy'. hehe..banyak sangat berceloteh pasal kehidupan sendiri sampai perkara biasa yang aku buat ni, kurang nak masuk blog.
okey, tajuk kat atas ni dah terang terangan tulis pasal DUIT. d.u.i.t. ejalah sendiri ye. hehe..nyway, dunia zaman sekarang. agak agak la..kat ceruk mana yang orang takdak nak guna duit. ini untuk cerita dalam dunia je la. psstt...akhirat duit duit ni dah tak dan dah dalam cerita kite ni. ~_~
sambung balik cerita. ok, dunia. orang sangat suka dengan duit. sebab dengan duit, boleh beli macam macam yang dia nak. antaranya..harta benda, makanan, melancong, beli orang. opss..terlebih sudah. tapi, jangan ingat beli orang tu takde eh dalam zaman sekarang. bukan zaman jahiliyah je ade. hm..senang kata dengan duit ni, dapat berikan kesenangan la dekat seseorang tu. tapi manusia yang bergelar hamba hamba Allah yang melata di muka bumi. ingat ingatla skeett...duit ni pun Allah punya rezeki yang doq kasi pinjam kat kita. even nyawa, badan, oksigen ni pun Allah yang bagi pinjam. betul tak ?? :)
cakap pasal duit, daripada orang yang hidupnya susah sampai la orang yang tahap kaya raya, masih mahu duit tu. ~mesti mau!!..pinjam iklan twister sat.hehe..~ orang yang hidupnya susah, mencari sumber rezeki, membanting tulang empat kerat sebab nak cari duit. tak kisah penat lelah macamana pun. sebab duit itu mampu digunakan untuk menyara kehidupan individu dan keluarga. wang yang sedikit mampu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan sebab mereka tahu erti syukur. janji mampu membeli barangan keperluan keluarga dan didikan.hm..maksud aku, dari segi membeli buku buku dan peralatan sekolah yang patut. yang kaya, masih mengejar harta untuk dikumpulkan. supaya nanti mampu dibangga banggakan di hadapan sahabat sedarjat, saudara mara yang dia mempunyai harta yang melimpah ruah. ok, bagi orang yang bersyukur, mereka takdelah nak membangga. sebab tak semua orang kaya bersifat begitu. diingatkan sekali lagi ye, kekayaan ni pinjaman daripada Allah.nyway, aku rasa semua orang tahu pasal benda ni. perkara asas yang kita boleh nampak kat sekeliling kita. cukup pasal ini.
dah tau kan kebanyakan manusia kat dunia ni memang menginginkan wang. duit. duit ni ada orang boleh dapatkan dengan sekelip mata. ada jugak yang dengan bersusah payah. mengambil masa yang begitu lama. yang ambil jalan mudah, dengan meminjam along along bukit beluntong. berjudi. menipu. dan macam macam lagi. yang jalan susah? hm..macam biasa, bekerja, belajar rajin rajin pandai pandai , pandai buat duit dengan cara yang bersih lagi halal.
hm..nak masuk poin kat sini. disebabkan tadi aku doq tengok berita la yang mencetuskan idea untuk mengarang berjela jela ni walaupun aku tau sok ada keja yang perlu disetelkan. *maap maap..lari topik sket.* kes yang macam macam melibatkan duit. rasuah, pecah amanah, gelapkan wang *putih sgt ka??* mencuri merompak. hm..dorang ni sanggup buat kerja buruk camni hanya untuk mendapatkan kekayaan lebih. tapi kenapa la dorang tak doq fikir panjang, fikir masa depan diri dan keluarga. apa kesan bila dorang buat camtu..ketakutan boleh hilang sebab adanya ketamakan dan kedengkian. hebatkan? sampai tak pernah terfikir, yang nanti duit yang dorang dapat tu dah kira haram. masuk perut, dah sebati terus dengan darah daging. huih..camna nak samak balik tu? nak sucikan balik. sekali dah sebati dengan darah daging kita, cuba fikirkan apa yang akan berlaku masa akhirat nanti. tang mana kita sebagai manusia akan diletakkan. takkan sampai mati pun, dah dihisab masa tu pun nak jugak rasuah Sang Pencipta, para Malaikat dengan duit. fikir fikir..kalau duit tu, diri sendiri je yang telan, ok lagi. abis, kalau dah lepas tu siap belanja anak bini laki mak ayah atuk nenek cucu cicit satu famili..dorang pun tak pasal pasal kena skali penangannya. kesian la hai manusia kan orang orang sekeliling ni. takkan tak sayang depa kot. dah tu, perkara pertama aku sebut. paling first sebab nanti kita semua akan bertemu di akhirat. medan perhitungan amalan kita. medan yang takdak loyar *bukan loyar buruk* yang nak tolong backup2 dengan fakta fakta auta. ok, masa kat dunia ni plak.hm..masih kesan kepada diri sendiri lagi. haih, tak takut ke kene tangkap, mati eksiden or kena tembak tak sempat bertaubat, tak sempat mengucap, kena pukul sampai lebam lebam patah riuk. atau mungkin jugak la mereka ni memang ada ilmu pertahanan diri la kan. sampai kalau kena pukul tu pun tak rasa sakit. taktau la nak cakap apa. sakit, terseksa, malu, sedih, takda ka? takkan dah kena macam tu baru rasa 'menyesalnya..kenapalah aku ikut nafsu sangat... :( ' dah tu, nak lak hilang keluarga *tu kalau famili yang memang baik dan xle terima ada part of family yang berjaya menconteng arang ke muka mereka* yang kalau memang satu kepala tu, samada 'ade aku kesah?' atau 'eh, sama je kite' atau 'mana ada die bersalah...'
manusia manusia..semua ikut nafsu. akal letak ketepi. aku tau, setiap dari kita ni pasti boleh nampak. bagaimana duit ni mampu menguasai kita. tak main dah 'the power of hand - Harith Iskandar' ataupun 'the power of love-lagu ape tah'.. duit tu beli segalanya sampaikan jiwa raga, kuasa dan macam macam lagi. janganlah sampaikan kerana duit, 'kasih sayang terjual, body tergadai, iman dan agama melayang entah ke mana'.
memang tak dinafikan duit itu penting sebagai keperluan untuk meneruskan hidup. jangan lupa, ianya harus berpada pada. biar iman teguh, biar akal mengatasi nafsu. ingatlah, rezeki Allah, sedikit atau banyak segalanya Allah tentukan. pastikan ada nilai keberkatan mengalir di dalam setiap rezeki kita.
akhir kalam. mohon maaf atas pandangan ini.
sekian.
seikhlas hati,~ niez ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan