Ahad, 15 Mei 2011

Selamat hari itu dan ini~

assalam.


buat si ibu, saya sayang emak saya.

si emak yang banyak berjasa pada si anak

dari kecil hingga dewasa

gembira melihat si anak dari bertatih hingga berjaya di menara gading mahupun dalam hidup

sedih tatkala melihat si anak bersedih kerana gagal itu dan ini

walau terkadang terluka

si emak masih mampu memberikan segaris senyuman dan limpahan kasih sayang

si anak

jangan pernah melupakan pengorbanan ibu

walau sesibuk mana

jangan pernah abaikan si ibu

walau terkadang terluka

ingatlah dia tetap si ibu yang membawa kita 9bulan 9hari di dalam rahimnya

sayangi si emak, si ibu, mama, mahupun umi sepanjang hayat. bukanlah pada hari yang tertentu sahaja.

kerana si ibu ini level sayangnya tak pernah terhad dek hari2 istimewa.



bagi si guru, pengajar dan pensyarah,

terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan

bukan sahaja ilmu dunia

bahkan ilmu ukhrawi turut dikongsi bersama

ilmu yang berguna untuk akan datang

mereka menjadi ibu bapa kedua untuk si anak didik

untuk menjaga, mengajar mana yang elok mana yang tidak

bukan saja makanan mental, malahan rohani turut terisi

ingat ini, mereka juga turut berkorban

masa mereka bersama kita selama hampir setengah hari

jadi hormatilah mereka

dengarlah kata mereka

dari mereka, turut membawa keberkatan.

untuk berjaya, si anak didik masih perlukan keberkatan ini.

terima kasih kerana menjadi lilin untuk kami si anak didik.

till then,
si anak @ si anak didik~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan