sekali lagi berada di sini, untuk mencurahkan apa yang tersisa di hati. ~waduh ayat..
hm..lelaki tua..
aku teringat seseorang di saat ini..
di saat lelaki tua ini terbaring lemah di atas katil di dalam wad hospital,
aku terlihat wajah seseorang yang seiras dengannya
arwah nenek aku...
kerana lelaki tua ini sakitnya sedikit sebanyak hampir sama dengan arwah,
dan kesakitan yang tergambar di muka pun begitu..
walau seminggu saja aku berada di rumah, tetapi kakiku ini dapat melangkah ke hospital yang sama untuk kesekian kali
aku lihat dan hampir air mata ingin mengalir, tetapi aku tahan..
aku cuba membantu semampu yang boleh walaupun aku hanya cucu saudara..
hanya sekali aku melihat dia..
lelaki tua ini seakan arwah nenek yang aku tak mahu hilang..
walaupun si isteri dan anak anak tabah menjaga,
aku tahu dalam hati mereka, kesedihan itu ada.
kasih sayang itu jelas terpancar.
aku tahu, kerana itulah antara keluarga rapat aku.
ps: ada suatu masa aku terfikir, di saat ini, aku boleh menjaga atuk saudara. adakah aku mampu menjaga orang tua aku? adakah aku sempat menjaga mereka? adakah orang akan sanggup menjaga aku sebegitu di hari tua nanti?
dan..doakan semoga walau apa pun yang berlaku, atuk pakndak akan kembali sembuh. insyaAllah~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan