Selasa, 28 Jun 2011

Pesanan Yang Perlu Disampaikan - Beberapa Pelajaran Penting Untuk Segenap Umat

PELAJARAN 1 - Surah Al Fatihah dan Surah Surah Pendek
Mengajarkan Al Fatihah dan surah surah pendek seboleh mungkin mulai dari surah Al Zalzalah sampai An Nas dengan cara talqin (mengikut guru), memperbaiki bacaan,hafalan n penjelasan berkenaan dengan hal hal yang wajib difahami.

PELAJARAN 2 - Rukun Rukun Islam
Pertama dan utama adalah persaksian (syahadah) bahawa Tiada Tuhan yang Berhak Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad saw adalah Pesuruh Allah. Dengan menjelaskan syarat2 La Ilaha (tiada tuhan), menidakkan seluruh sembahan selain Allah. Illallah (melainkan Allah), iaitu menetapkan ibadah hanya untuk Allah semata dan tidak menjadikan sekutu bagiNya. Adapun syarat bagi kalimah ini adalah:
ilmu yang tidak dicampuri dengan kebodohan, keyakinan yang tidak dicampuri dengan keraguan, keikhlasan yang tidak dicampuri dengan kesyirikan, kejujuran yang tidak dicampuri dengan kebohongan, kecintaan yang tidak dicampuri dengan kebencian, ketaatan yang tak dicampuri dengan penolakan n pengingkaran terhadap seluruh yang disembah melainkan Allah. syarat syarat tersebut terkumpul dalam 2bait syair berikut:
Ilmu, keyakinan, ikhlas dan jujur serta cinta taat n menerimanya,
ditambah yang kedelapan pengingkaran terhadap seluruh yang disembah melainkan Allah.
Seterusnya penjelasan tentang persaksian Nabi Muhammad pesuruh Allah yang diperlukan adalah - mempercayai baginda dalam setiap apa baginda katakan, taat terhadap apa yang baginda perintahkan, menjauhi apa yang dilarang dan peringatkan, dan tidak beribadah kepada Allah kecuali sesuai dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dan RasulNya.
Kemudian, seterusnya adalah mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah Haji ke Baitullah Al Haram bagi yang mampu.

PELAJARAN 3 - Rukun Rukun Iman
Rukun Iman ada enam - beriman kepada Allah, para malaikatNya, Kitab kitabNya, para RasulNya, beriman pada Hari Akhirat serta qada' dan Qadar (ketentuan Allah), baik dan buruknya hanya dari Allah.

PELAJARAN 4 - Pembahagian Tauhid & Syirik
Tauhid ada 3 :
a) Tauhid Rububiyyah : beriktikad bahawa Allah Pencipta segala sesuatu, mengatur segala sesuatu dan tiada sekutu bagiNya.
b) Tauhid Uluhiyyah : beriktikad bahawa sesungguhnya Allah, Dialah yang berhak disembah, tiada sekutu bagiNya. ini berkait dengan kalimah 'Tiada Tuhan Melainkan Allah'. jadi semua bentuk ibadah harus diikhlaskan hanya untuk Allah dan tidak boleh selain dariNya.
c) Tauhid Asma wa Sifat : beriman kepada nama nama Allah dan sifat sifatNya. sebagaimana yang diterangkan dalam Al Quran dan As Sunnah menetapkan hanya Allah saja, menurut apa yang pantas bagiNya, tanpa ta'wil,ta'thil (menghilankan makna atau sifat Allah), tanpa takyif (mempersoalkan hakikat nama dan sifat Allah dengna bertanya 'bagaimana?') dan tanpa tamtsil (menyerupakan Allah dengan makhlukNya). Sila rujuk dengan terjemahan surah Al Ikhlas ayat 1-4.

Syirik ada 3:
a) Syirik Akbar : yang boleh akibatkan gugurnya amal dan sebabkan kekal di neraka. sebagaimana Allah berfirman dalam Al An'am - 'Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan'.
dari surah At Taubah - ' tidaklah pantas orang orang musyrik itu memakmurkan masjid masjid Allah sedang mereka sendiri itu kafir. itulah orang yang sia sia pekerjaannya dan mereka kekal di dalam neraka.
orang yang meninggal dunia sedangkan ketika hidup masih mengerjakan syirik akbar, dia tidak akan diampuni dan diharamkannya syurga.untuk penjelasan lebih lanjut, sila lihat terjemahan surah An Nisa' : 48 dan Al Maidah : 72.
antara bentuk bentuk syirik akbar adalah berdoa kepada orang yang sudah meninggal dunia, berhala, dan meminta pertolongan kepada mereka, bernazar untuk mereka, menyembelih untuk mereka dsb.
b) Syirik Ashghor : perbuatan yang ditetapkan dalam AQ dan sunnah sebagai syirik akan tetapi tidak termasuk dalam syirik akbar. antaranya riak dalam beramal, bersumpah dengan slain Allah, ucapan 'masyaAllah wa syaa fulan' dsb. sabda Rasulullah, 'barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka sungguh dia telah kafir atau berbuat syirik'.
c) Syirik Khafiy : merupakan syirik yang tersembunyi. syiriknya orang munafik kerana menyembunyikan aqidah secara batil, menampakkan keislaman mereka kerana riak dan takut atas kepentingan diri mereka. hanya Allah yang dapat memberi taufiq.

PELAJARAN 5 - Ihsan
Beribadah kepada Allah seolah olah kamu melihatNya, kalau kamu tidak melihatNya, kamu yakini bahawa Allah melihatmu.

PELAJARAN 6 - Syarat Syarat Solat


a) Islam b) Akal c) Tamyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk) d) Tidak berhadas e) Menghilangkan najis f) Menutup aurat g) Tiba waktu solat. h) Menghadap qiblat i) NIat


PELAJARAN 7 - Rukun Rukun Solat


=> Berdiri jika mampu - Takbiratul Ihram - Membaca surah Al Fatihah - Rukuk - Isti'dal selepas rukuk - Sujud di atas 7 anggota sujud (2 telapak tangan, 2 lutut, 2 tapak kaki dengan menempelkan hujung jari kaki dan dahi) - Bangkit dari sujud - Duduk antara dua sujud - Thoma'ninah (tenang) pada setiap gerakan - Tertib dalam melaksanakan rukun - Tasyahud akhir - Duduk pada tasyahud akhir - Berselawat ke atas Rasulullah SAW - Memberi salam.


PELAJARAN 8 - Kewajipan dalam Solat


1- semua ucapan takbir selain takbiratul ihram. 2- ucapan ...



bakal bersambung...

Isnin, 6 Jun 2011

bila tangan nak berseni~


assalam.
bila hidup rasa nak buat sesuatu yang lain dari yang lain,
suatu perasaan lain muncul dalam diri.

jadi, hasilnya adalah ini. keseronokan & kepuasan
dapat dinikmati bila lukisan ni lebih kurang jadi la ~~














































Ahad, 22 Mei 2011

adey avocado.









assalam


kegilaan pada avocado? sejak bila la plak..sejak aku nampak balik buah ni kat selangor nun jauh sana.. lepas aku tengok buah ijau ni, dan cara cara buah ijau ni dijadikan minumam berkhasiat yang mahal, then, niat di hati untuk buat sendiri.


sem ni aku berjaya buat air faveret kak aku nih, kire jadi la jugak. bila teman rapat aku yang sorang ni pun suka modify itu ini, aku berkenan lak dengan plain yogurt dicampurkan dengan itu dan ini. buah buahan la yang pastinya. aku berjaya buat, cuma bila nak masuk bab blender ni...er, rajin la jugak. cubaan kecik kecik berjaya dah. hehe..


tapi apa pun, semangat aku lebih kuat kat avocado nih. korang better try minum sebab jus avocado baik untuk kesihatan. lebih lebih lagi wanita. plain avocado je. takyah yang memahal tu. kalau dah boleh bertahan yang plain, baru la leh merasa yang campur susu, yogurt madu etc tu k.

selamat mencuba!


tiil then,
gile sket ttg avo.

taekwondo..nets..life..

assalam.


taekwondo..erm, ape nak citer? aku berada dalam 'famili angkat' aku ni sekejap sekejap. satu sem ada, next sem ilang. but this sem, aku memegang tanggungjawab. berada di sana memegang tanggungjawab, masih juga tak menjadikan aku ramah sama ketika aku dalam group ni di sekolah. tempoh aku selama 1 sem, berjaya membawa aku hampir mengexplore uni aku. dari pejabat hep nak ngurus itu ini, sampai la ke ofis dato' dollah di bangunan canselori kat puncak tu. tu baru urusan rasmi. yang selebihnya, group ni berjaya bawak aku ke tournament walaupun bakat aku sebagai fighter tu takde sangat pun. dan aku dapat jejak kaki ke puncak alam dan perdana. baru satu sem. lagi satu sem mendatang? aku taktau. walau apa pun, aku seronok jugak sem ni sebab aku kenal ms presiden aku lebih sket dari sebelum ni, n tambah kenalan lain. cuma terasa kecik sebab tak berjaya gaul abis ngan senior black belt 'gurl' dan tak dapat grading. abaikan perasaan tu. one more thing, sebelum balik, satu fail diserahkan untuk seorang yang 'memegang tanggungjawab' mengemaskini apa yang patut. kira cuti pun masih perlu fikir keja. no need to worry cause my 'cuti2' adalah 4 bulan. and still melakukan survey di melaka. mengharapkan melaka sebagai destinasi pilihan, boleh balik uma! :)


nets.

bukan jaring jaring atau jejaring. tapi persatuan nadi aku.segala aktiviti berjalan. walaupun sem ni agak mencabar kerana tak semua yang aku mampu tunjuk muka. sungguh la anda ni 'dak kicik'. 3 4 program berjaya dijalankan walau dugaan tu ada. dan the latest, cuti kali ni, satu majlis akan dilansungkan. dan insyaAllah aku akan cuba berada di sana. tarikh pun da dianjakkan. masih memegang tanggungjawab di situ. aku boleh kawtim dengan mereka la. :)


life.

melibatkan persahabatan. aku rindu aina mun hazni jana walaupun mereka tak tau pasal blog ni. merancang utk bjumpa mmg senang, cuma melaksanakan tu masih belum berjaya. tunggu Allah bagi green lite. rindu pada best friend dan segala teman aku jugak, yang doq merantau kat PelabuhanMulut, doq sibuk ber'peksa dekat 'Nottingham' malaysia mali, yang agak lupa kat aku walaupun dekat je kat melaka ni, yang merewang di rawang..aha, tak lupa pada cik kak dan cik abg yg sekelas dengan aku kat uni melaka maupun selangor. Hlovate peneman aku, membuka minda dan fikiran dalam masa diri aku ni nak split jadi dua la ni. kesian kat aku. seronok bersama famili walau terkadang sibuk melayan benda len. dan tak sabar menantikan detik yang ditunggu walau aku takut.


till then,

me.. =.=

masuk sket bab ni ye.. :)

assalam.


pembuka bicara aku untuk post kalini.

aha, kisah ape la yang menarik sangat nak ditambah perisa gaya bahasa metafora, hiperbola, etc ni? tak menarik sangat, just sekadar mahu berkongsi.


politik. *confirm orang skip nak baca* (kalau ada.haha)


yang menyakitkan bila orang mula membodek, katakan itu ini. niat di hati untuk menjadi calon. yang bestnya, benda benda jawatan pangkat segala bagai ni la orang doq pandang tinggi. nak kumpul harta kekayaan dan ke'faymesan' di dunia. hidup saling bersaing. sapa kata takleh nak bersaing..benda tu tak salah pun. cuma kalau bersaing dengan niat yang buruk dan hati yang busuk, ke manalah arah tujunya nanti. bila niat yang buruk, bukan kerana Allah dan bukan untuk membantu masyarakat,di dalam hidup mereka ni, kalau libatkan persaingan, tak sah agaknya kalau tak masukkan kisah tak bertegur dan niat mahu memecahbelahkan umat. segala benda keluar dari mulut. jadi..apa yang tercatit di dalam kitab amalan?


walaupun aku hanya jadi 'orang luar' tapi aku sendiri merasa penat dengan permainan mereka. nak pasang strategi pun, biarlah kena pada situasi, at last, aku diam kumpul kat dalam diri dengan apa yang berlaku. kang kalau tunjuk riak tak suka, dorang paham tapi buat tatau. nak pakai ayat *adaakukisah* agaknya. la ni, lagi satu nak habaq. politik dan agama memang tak boleh dipisahkan. tengok zaman Rasulullah (selawat ke atas junjungan )pun sudah cukup. bukti jelas dan nyata. tapi zaman sekarang, masa masa yang agak agak perlu, baru nak kejar solat. ibadahnya untuk yang mana satu kalau begitu? abaikan..mungkin hendak dikatakan itu urusan Allah dan hambaNya.


tapi di sini, aku mengharapkan sangat kegemilangan politik, bila umat bersatu tanpa mengira kaum, tanpa mempertikaikan itu dan ini, tanpa menidakkan benda yang sepatutnya dan ia mampu untuk membantu masyarakat dengan redha Allah, insyaAllah.


till then,

orang yang penat 'melihat'..

suatu kisah~

assalam.


kembali lagi kali ni.. =.=


minggu lepas, aku dan akak p la doq anta mak p majlis ke melaka nun...balik dari majlis tu, mak aku cita la pasal ape yang berlaku dalam majlis tu.bla bla bla..kisah kosong yang biasa dan..yang main point cita yang aku nak share..kisah seorang ibu yang dapat anugerah.

anugerah apa ? = = = Anugerah Ibu terbaik kot kalau tak silap..

si ibu ini, asal melaka (dah kata majlis dalam melaka kan..~) dan beliau ni ada anak anak seramai 16 orang kalau tak silap dengar haritu. jadi, apa yang melayakkan si ibu ni jadi terbaik dari yang ibu ibu terbaik yang ada kat pelusuk melaka nih? kisahnya, si ibu beranak 16 ni berjaya mendidik mereka dengan jayanya. dan yang paling menarik, anak anaknya semua berjaya dalam hidup. wa..syukur Alhamdulillah. betapa gigihnya si ibu untuk memastikan kejayaan anak anak sehingga berjaya mendapat anugerah tersebut.

dan kemudian, mak aku berkata lagi tentang kawannya...makcik ni memuji la kisah mak mak orang dulu dulu ni. yela, walaupun anak ramai sampai berbelas belas ni, mereka masih mampu menjadikan anak anak mereka orang yang berjaya dan baik. kira cukup la segala ilmu yang perlu dikhatam. insyaAllah..tetapi..urm..kisah si ibu yang sekarang, kenapa anak sorang dua @ bak kata janji sikit la..tapi masih tak berjaya didik anak sebegitu. ada memanglah ada..yang bestnya, bukan semua yang macam tu. di mana letaknya nilai didikan anak anak itu?

hm..tiba tiba aku pun boleh la nak kata doq terlibat berfikir jap dengan kata kata makcik @ kawan mak aku nih..

ps: selamat bermuhasabah...

till then,
me ;)

Ahad, 15 Mei 2011

Perlu ke?

assalam.



terkadang aku terfikir, blog aku ni kira cam
diari perjalanan kisah hidup aku. nak je sume ditaip siap ayat nak penuh gaya
bahasa jadi laporan rasmi. hehe..

tapi, dalam menulis kehidupan seharian ni,
masih ada yang perlu disimpan. tak semuanya perlu dibuka. buka dedah dedih sana
sini (dadih takpa la kot..oh pipah~~) yang penting, jangan lupa, ada benda yang
dikongsi mungkin juga ada makna untuk dijadikan nasihat atau
pengajaran.

dunia kita masih sama. cuma kitaran hidup
kita sedikit berbeza. sedikit persamaan yang dialami dalam situasi yang berbeza.
mungkin itu yang orang kongsi.

sekian, :)