Jumaat, 18 November 2011

.cerita untuk kawan.

sepasang sahabat di sekolah memulakan sebuah persahabatan.

Mr English, guru Cina yang mendidik kami. dan aku memang rapat dengan dia. sampai orang kata aku anak angkat dia. just sebab beliau juga seorang penasihat untuk my club. skali tu, ada sorang senior/pengawas rapat dengan dia. sebab dia masuk public speaking yang aku pun berminat. ~cuma bakat tu aku tak berani nak tunjuk.haha~ motif? xda apa pun.haha.jeles dan rugi la coz aku tak dapat tunjuk yang aku pun boleh. Tahun tu, aku just kenal dia as sorang senior.

Tahun seterusnya, Incek pengawas ni masuk asrama. selepas perlantikan jawatan, dia telah ambil alih jawatan exco makanan. berdedikasi dan sangat bertanggungjawab la sangat dalam menjalankan tugas. meeting by meeting untuk mingguan bersama warden dan majlis asrama, kami banyak berjumpa. incek pengawas kata, kami mula dari situ untuk persahabatan. cuma masih kurang bertegur sapa sangat. sebab dalam kalangan MT, ade je senior lain. aku lak 'tinggi' sangat jawatan. takdelah perasan sangat. haha.btw, tugasan banyak membawa kami untuk berkomunikasi. saya kan 'Ceti Haram' terbesar asrama.

Disebabkan ikut batch kami ni beza setahun, kat sane pun untuk Incek2, takdela title 'abang2' sangat, aku bebas ber'aku kau' ~ye ke...??~ dengan mereka. okeyh, terus masuk kepada peristiwa dalam satu minggu ni. ade la minggu sains dan teknologi. kira student kena la bertugas jaga2 sume tu. ~yeay, boleh ponteng kelas!~ aku pun pegi la duk bertugas dekat dalam lab tu. jaga bahagian who want to be a millionaire. hebat tau rasa mase tau. bergaul la aku dengan senior2 form 5 yang 'bertugas' sekali dengan kami. di situlah sebenarnya banyak cakar2 rimau keluar dengan Incek pengawas (okeyh, tukar nama baru = Incek sahabat. )tadi. sebenarnya kawan2 Incek sahabat ada jugak yang rapat dengan aku. sebab aku skema ke?he..~~

aku boleh ber'gaduh' dengan Incek sahabat kerana tempat duduk, tempat letak buku ~kotak je kuttt~ dan mule la plak tibe2 panggilan 'nek' dan 'moyang' tu macam peluru sesat keluar dari mulut kami nih. ada gak aku bergaduh mulut sket dengan classmate Incek sahabat, Incek sahabat tolong la leraikan.haisy, garang sungguh aku ni.

dalam tempoh minggu sains & tekno ni gak, ade la buat bisnes bagi lolipop with ucapan. ala, agak2 nak bagi kat kekawan ke admire ke akak abang adik gf bf ke..boleh la. keuntungan baik punya. aku ni pun, cam suka sket bagi kat kekawan aku. cakap la nak bertukar2 dengan dorang, confirm la dapat. yela, aku mane ade admire2 nih.haha..aku cakap dengan Incek sahabat yang aku nak bagi dia. tapi aku tak mintak pape la balasan dengan dia. nak mula bersahabat dengan senior ni lain sket. nanti salah sikit, mulut orang boleh buatkan kita dapat title 'kurang ajar' ke 'durhake' ke..

lolipop ni akan sampai kat dalam kelas si penerima la. si Incek sahabat ni plak dah memonteng untuk bertugas untuk minggu tu. so, kawan2 Incek sahabat nampak, mula la cakap aku ada 'something'. aku takkan la nak pi explain. relax jer.. *bak kate paie la.*
Dah hari terakhir, sebelum aku balik ke kelas. aku dapat la satu lolipop directly from him. aduyai, punya la cam kezutan letrik, aku terkebelakang bile tibe2 ini incek hulur lolipop. suh amik cepat2 sebab taknak orang nampak. klaka gak la respons aku agaknya masa tuh.Hari2 kami bermula la di asrama, sesi usik mengusik tu tak pernah ilang la. tibe nakal aku, bab ketinggian pun aku boleh sebut. *maap2!*

Masuk Ramadhan, kami ni perlulah bersahur, beriftar semua kat dewan makan kan. ada satu hari tu, after sahur, aku dah rasa semacam. tapi mantain je la lagi untuk pegi kelas. sebenarnya tu kali kedua aku kena. satu, sehari sebelum majlis khatam Quran asrama dan waktu sekolah. masa math modern, aku dah tak tahan dengan kepala & perut, tak boleh pay any attention untuk pape pun cikgu cakap dengan aku, terus terbaring dekat bilik kesihatan. berguling sakan la dekat dalam tu, sebab tunggu guru bertugas bawak aku pegi klinik. paling kesian, aku terkeluar isi perut dekat dalam keta cikgu. *maap2!* balik lepas tu, terus ke asrama, akak aku amik terus balik rumah. seksa ouh rasa masa tu. terbaring je, bibir nampak sangat merah benar. panas dalam lagi. jumaat aku balik ke sekolah jap, amik buku yang kawan pinjam, dek kerana next week aku ada test. ternampak Incek sahabat ni pun dok demam, keluar dari bilik kesihatan. bila dok tegur, ala2 gurau suruh papah.

balik hujung minggu, aku dapat mesej unknown. aku tanya la sape, trus kata 'ha..betul la nek ni'. sah, Incek sahabat!ha..di situ la bermula pakai nama elok sket.berkongsi segala cerita yang patut. kisah bintang, kucing bla3,etc.kat asrama, waktu sahur boleh la duk jadi alarm untuk sesi kejut mengejut. ada satu masa tu, kat surau pun boleh buat bahan untuk kacau kan.elok2 tengah sesi mengaji dengan cik ena sayang. masa sesi letak jawatan, kira dah lantik jawatankuasa baru, dapatla bergambar dengan Incek sahabat with sahabat dia yang lain. cam man in black dah 3 orang tu.comel2. Tahun tu dia exam besar. result dia sangat la da bez. ramai duk memuji dia. *untungla awak..haha*

Start tahun akhir aku kat sekolah, lansung aku tak jumpa lagi dia, tapi banyak berhubung dekat hp. *budak baik sungguh bw hp g skola* Incek sahabat ni dapat banyak tawaran sambung belajar, masa mintak pendapat aku, aku suh amik matriks (aku mane la tau pape). tengah2 musim, tau2 dia inform nak amik TESL.kedah then uk.jauh2. tiap kali rasa nak jatuh, aku inform dia. dia ni tahap psiko kat aku mmg tinggi. sampaikan masa arwah nek aku meninggal, aku btau dengan nangis2, boleh trus jadi hati tisu?hati kering? camtu la dia gelar aku. masa sesi buka dewan untuk exam besar aku plak, kelibat Incek sahabat muncul kat situ tapi kami tak berjumpa.

sehingga aku berada di ILP, then diploma aku sentiasa dapat 'kacau' dia kat hp. rasa malas gi kelas pun aku boleh call untuk pinjam semangat dia. sampai aku tengah2 pengajian, dia dah bertolak ke UK. berat sungguh nak lepas. sebab kalau nak contact saat emergency, xdan dah..suma by email. bebas la Incek sahabat dari gangguan aku.haha.

tahun sebelum, Incek sahabat pegi ke Turki, dapat buah tangan batu tu.cantik2.
sehingga aku masuk degree, life kami hanya berhubung melalui email, fb.hampir 4 tahun ke persahabatan kami jarak jauh? dan alhamdulillah tahun ini, dia balik bercuti, sempat jumpa sekejap. thanks for ur treat kt HP. thanks to ena sbb tman. dan life seterusnya masih lagi seperti biasa.

cuma sekarang masing2 sangat sibuk.tambahan : Incek sahabat saya ni dah jd vice president m'sian student uni sane eh?kot..aku di sini pun keja menimbun. jadi selepas ini, reunion kami tunggu je la bila masing2 dalam satu negeri.

dedicated to: mr Incek sahabat yEL, thanks cz mjadi sahabat baik yang psiko dan baik hati. :)


till then, me

cari dan cari :)

assalam.
kisah kali ni tak terlalu menarik sangat. tapi terasa teringin nak luahkan di sini. ~walaupun terkadang merasakan tak terlalu sesuai~ :)

aku rasa cam sesuatu yang hilang dari diri aku. sampai aku rasa nak cari dan cari. tapi aku masih tak jumpa di sini. aku rasa kalau dapat, memang itu adalah satu nikmat Allah yang sangat besar. aku try cari punca. tapi tetap buntu. kenapa yeh? memang tempat mengadu da best adalah - Allah -

dan aku cuba untuk bertanya padaNya. mohon melalui doa. kekosongan itu buatkan aku nak isi dengan sesuatu yang mampu penuhkan ia. aku taknak perasaan itu diragut dari diri aku. aku taknak nanti hilang arah aku. dek kerana kekosongan itu. moga aku mampu cari 'ketenangan' itu di suatu tempat. dan sememangnya ketenangan itulah satu satunya perkara yang aku inginkan. at least orang akan tetap nampak senyuman di muka aku. like this -->; :)
bawa aku lari dari kekusutan itu, bawa aku ke suatu tempat yang aku boleh lontarkan semua itu macam orang lontar batu kat air, orang buang sampah kat tong sampah. bawa aku ke rumah Allah, bawa aku ke pantai, temani aku berjalan di tempat yang tenang.

-jangan cari kekusutan dalam hidup aku, cuma terus bawa aku keluar dari itu- tq :)


till then,
me ~_~

Isnin, 14 November 2011

~ Berjalan ~ Melihat ~ Mentafsir - Pangkor

Assalam.

*mencuri sedikit masa untuk post ini - maaf kawan :) *

sabtu dan ahad sebelum berakhirnya cuti seminggu, MGTF bergerak ke Teluk Nipah Pulau Pangkor. going back to shah alam a day before. alone in the home. menumpang orang di pagi sabtu untuk ke seroja. *xiexie mr haikal* .perjalanan kami diiringi hujan tanpa henti sehinggalah di lumut. kesejukan. but it's still fun. * ~_~ * . kiri kanan pemandangan aku lihat masih lagi cantik, buat aku asyik dan teringin untuk teruskan monolog secara berpanjangan. lebih lebih lagi peluang duduk seorang diri buat aku lagi seronok. * but i'm still need my k.dyana.hehe * perjalanan menimbulkan pelbagai kisah yang berlaku.

around 12 ++ pm, 30 orang ni termasuk instructor kami * Mr Rukman* plus kak Nancy -so sorry sebab cik presiden kami tak dapat pergi- ..tiba di jeti lumut dengan selamat. menunggu feri hingga hujan berenti. sempat tengok pemandangan bekabus dek kerana cuaca sejuk. still cantik sebab Allah yang jadikan sebegitu. *SUBHANALLAH*

dari jeti lumut ke pangkor, ambil masa 30 minit, di pertengahan, berenti sebentar menghantar penumpang di sungai pinang *kalau xsilap* .dan sepanjang perjalanan dipenuhi gelak ketawa. 3 van PINK menanti untuk bawak kami ke chalet -amik masa 15minit- naik dengan mereka2, memang mencabar lagi best sebab pakcik ni bawak laju, xkira selekoh ke curam. segala yang Allah memang cantik untuk mata2 kami.
tiba di chalet 3.15, berehat sebentar sebelum bersiap ke satu pulau *yeay,naik bot lagi!* untuk snorkeling. hati berdebar, kes xreti berenang.orang ^kondifen^ berenang ade, jadi pelan2 turun ke air dengan perasaan excited.ke lautan dalam, kaki xjejak dasar, tengok ikan2, kene tenggelam dek member, dilanggar ombak kuat sket, berenang2 ^xexpert^ ,hampir dilanggar bot. 5-6 orang tercedera sket. hampir 6petang, kami beralih ke pantai kami, teruskan untuk mandi manda, berehat, bermain volleyball & tanam anak orang kat pasir. putus nafas lagi sebab gelak lebih.

disebabkan aku nak balik awal, rezeki aku dan *k.dyana,miza,fadila* untuk tengok,beri makan & tangkap burung enggang secara depan2. kelaparan dan kesejukan, sebelum 8.30 malam kami gigih turun untuk menanti makanan. *lapar2* kat meja aku, yang buat sesi menghabiskan makanan adalah aku dan ammar. LDK mengambil alih masa kami.
katak *ong3!* - my group :)
motto - melompat lebih tinggi bersama lukisan katak buat basic punch.*comel2*
lain ade si black mamba ular, meow2 si kucing, nyet2 monyet. dan akhir, #MarinaMenaridiMenara# with #PutriJinBadang #. hah, still jugak gelak gila2 sampai beralih ke bersiar2 tepi pantai sambil melepak borak2 minum kat gerai berjemaah.cuci mata cuci telinga.

pagi 7.15, bersedia untuk training di tepi pantai. 4set lari,2set jog,start2,dukung2,self defense jatuh2,kicking2.pergh.mencabar but still enjoy it.lapar boleh ilang sebab penat.then sesi amik gambar sampai lebam.he..

before check out jam 12, kami keluar awal untuk merayau kedai berhampiran.*sopping2!* cantiknya laut buat aku rasa tamau tinggalkan pangkor.cuaca Alhamdulillah elok. naik feri sambil berjemur. bayu laut siyes buat aku lagi menghayati pemandangan, duduk diam.
tiba di jeti 2.30, perjalanan pulang hampir 4jam,walaupun penat masih tak boleh tutup mata.so,paksa2 je la.tiba di seroja hampir 7.maghrib menjelang. perjalanan kami berakhir di situ.


~credit to mizah (puncak alam) for this picture~

so, really appreaciate our experience together ~dear instructor, members of Shah Alam, Puncak Alam & Puncak Perdana ~

ikhlas,
-me-

ps: nnt sy letak en awang si hornbill :)