assalam..
kadangkala aku terkenang pada si dia. rindu padanya. niat aku yang satu ni tentang dia susah sangat aku dapat laksanakan. keputusan seterusnya, aku letakkan kenangan yang ada di wallpaper phone aku. dari situ, tiba tiba terkenang penderitaan yang dirasainya di saat hayat masih dikandung badan. bermula dengan pertama kali rasanya aku lihat dia terlantar di hospital dek kerana kekurangan darah dan jatuh. tiba tiba, dari situ..macam macam pulak komplikasi yang ada berkaitan kesihatan. selepas dari itu, kami selalu berulang alik dari hospital tersebut. aku masa tu dah berada di tingkatan 5. mahu pula ditambah dengan tinggal di asrama disebabkan sedikit jauh jaraknya dari rumah aku * even dalam negeri yang sama sekalipun.
kemudian, ada satu hari, aku dapat tahu dia ditahan wad lagi. kali ni, aku hanya ada hujung minggu tertentu untuk melawat. dan, itulah pertama kali aku melihat keadaan dia. dan perasaan perasaan pertama aku, sebak. bantal di sekeliling dia. dan keadaan dia sangat sembab. aku cium dia. tak tahan lihat keadaan dia, aku masuk ke tandas. bukan jijik, bukan geli. tapi untuk mengelakkan air mata aku menitis di hadapan orang orang kesayangan di wad itu. aku cuba seka dan berpura pura dalam keadaan baik. tika itu, sepupu aku yang sebaya aku yang banyak dapat peluang untuk menjaga dia. kemudian, selepas kejadian itu, aku teman makcik membeli makanan di kedai yang berhampiran. kami berjalan kaki. sambil tu, makcik mengatakan sesuatu yang buatkan menahan lagi diri aku dari menangis. terasa saat itu aku lemah. aku diam.
untuk minggu yang seterusnya, aku masih berulang alik untuk lihat dia. sampai satu masa, aku lihat dia dalam keadaan yang sangat susah bernafas. nurse dipanggil. satu saat, aku terlihat cara nurse itu membuat kerja, keras, tak berlembut. kesakitan dia mungkin bertambah di saat itu. aku keluar dari wad. tak sanggup lihat. dari situ, aku berfikir yang aku mahu boikot dari memilih nurse sebagai kerjaya. abaikan yang ini. kadangkala, beberapa kali dia dimasukkan ke dalam icu. ada sekali, aku dan keluarga berjaga di luar icu yang ketika itu kerusi hanya sebaris. kami beramai ramai penuhkan ruang itu. kalau diikutkan kami memang tak boleh, tapi disebabkan atas jasa baik abi, kami dibenarkan. balik dari asrama, berjaga sehingga ke pagi. segala keletihan hilang sebenarnya. pernah sekali aku duduk di sebelah seseorang, orang ini berkata, seandainya boleh, mahu bertukar tempat dengan si dia. aku terdiam lagi.
seperti biasa, bila keadaan kembali stabil, walaupun masih lemah, kami dibenarkan untuk masuk ke dalam icu. masih mengikut prosedur, masuk berdua dua. tapi masih ada seorang yang berjaga di dalam. bergilir gilir. dia seakan tidak sedar. tapi yang penting aku ingat akan sentuhan tangannya, memegang erat. cuba beritahu kesakitan yang dialami. tangan ini, yang digenggam. walaupun ingatannya tidak berapa sampai tentang aku.
aku ingat lagi bagaimana masing masing melayan dia dengan penuh lembut dan kasih sayang. memanjakannya seperti seorang bayi kecil. menyikat dan merapikan rambut, suapkan makanan dan minuman, bersihkan badannya, berbual bual dengannya. sayangnya, aku hanya ada satu gambarnya ketika di hospital, itu pun dari telefon makcik. kami pastikan dia rehat tapi dalam masa yang sama masih boleh memikirkan perkara perkara tertentu.
aku pernah menjaga dia, bermalam di hospital. walaupun kesejukan, tapi itu tak patahkan semangat. aku berjaga selagi termampu. bab mandi dan makan jadikan saja perkara kedua atau terakhir. niat aku ketika itu, mahu jaga dia selepas SPM berakhir.
dia selalu ketapkan gigi dengan bibir. buatkan bibir sedikit cedera dan kering. kami selalu elakkan dia dari berbuat demikian. lagi satu, kesengsaraan yang dia rasa, bila bisul yang besar tumbuh di badan. lambat untuk sembuh. tampalan demi tampalan. sedikit pembedahan turut dibuat. aku ingat lagi saat itu. aku tahu kesakitan yang dia rasa. pedih. seandainya aku juga mampu menggantikan tempatnya untuk kesakitan itu...
dia dibawa pulang ke rumah. ada sedikit kenduri. aku menemani dia di saat orang lain masih sibuk dengan tugasan tugasan lain. aku lap badannya. kipas kadangkala aku dan yang lain lain cuba sesuaikan mengikut keselesaan dia. sekali, kami bawa dia untuk pemeriksaan, dan sekali lagi. dia ditahan ke dalam wad...
masuk bulan Ramadhan, kami masih setia bersama menemani dia. berbuka puasa di wad, bersama dia adalah satu pengalaman. bersolat di dalam wad itu, juga merupakan satu pengalaman. tapi aku rasa, itu merupakan Ramadhan terakhir bersama dia. memang benar. beberapa hari sebelum peperiksaan *yang mungkin agak penting. sebelum aku pulang ke asrama, aku dengar doktor berkata tentang hayatnya yang mungkin tidak mampu bertahan lama. hampir maghrib dan aku ingat akak ingin bawa aku pergi bazar untuk berbuka sekali di wad hujung minggu itu. aku tinggalkan nota belajar aku di wad. aku tinggalkan dia dengan sedikit berat hati. aku pergi dengan diam kerana lihat dia lena dalam tidur. rupanya akak hantar aku terus ke asrama. aku sangat terkilan tika itu. aku tak cium atau peluk atau salam dia seperti biasa aku buat sebelum pulang ke asrama.
beberapa hari kemudian, di bulan Ramadhan dan aku masih di sekolah. kononnya berjuang menjawab peperiksaan. aku bawa telefon ke asrama. hampir setiap hari aku akan telefon di pagi hari untuk tahu perkembangan. dia telah dibawa pulang ke rumah masa tu. masa tu, aku cuba telefon rumah seperti biasa, dan tidak berangkat. aku senyap. tapi dalam hati, perasaan tak tenang. balik petang dari sekolah, telefon masih membisu. aku tak tahu apa yang tak kena. aku on off telefon itu. dan, segala mesej dari pagi baru masuk ke dalam inbox. akak hantar mesej mengatakan dia dah takda. aku macam tak percaya. aku telefon mak. dan kata majlis pengebumian dah berjalan. dan aku tidak sekali dijemput sama untuk pertemuan terakhir itu. kerana alasan masa dan sebagainya. AKU MAHUKAN PERTEMUAN ITU!!! aku menangis lagi di situ. tanpa orang tahu. sedih tapi aku tak mampu lakukan apa apa. aku bagitahu pada sahabat. tapi tak mampu menghilangkan perasaan itu. aku bagitau sahabat yang aku percayai lagi seorang, dia berjaya psiko aku. kemudian, ada majlis kenduri tahlil. aku tak pergi kerana masih di asrama. aku mengadu pada ustazah. tapi aku tak tahu apa yang nak diluahkan. kisah dia masuk suratkhabar negeri, dan bila ada yang baca dan bertanya, aku hanya mengangguk tanpa perasaan. hujung minggu aku balik, masih lagi ada kenduri tahlil. aku pergi ke bazar untuk mencari kuih muih untuk kenduri nanti. aku bertemu dengan abang hafiz, katerer yang kami selalu guna. dia bertanya, haritu semua ada nape 'aku' takda? diam. boleh ke aku jawab?
==> ketika saat ajal menjemput, pagi tu dia dah sesak nafas. mungkin pasal tong oksigen. aku kurang pasti. akak dan mak bergegas ke rumah dia. mungkin sudah tiba masanya malaikat maut menjemput dia. dan akhirnya dia pergi pagi itu dengan tenang.
maafkan diri ini kerna tak mampu bersamamumaafkan diri ini kerna kurang berbakti kepadamumaafkan diri ini kerna aku tak mampu berada di sisimu di saat akhirmoga berbahagia berada di sanawalau berat untuk melepaskan pergi sebegitu sahajahanya sekalung Al Fatihah dan Yaasin mampu kuutuskan buatmu yang tersayang
till then,
cucu yang kurang berjasa.